Tuesday, January 25, 2011

Usiaku bertambah lagi-Syukran Ya Ummi


Salam Mujahadah dan Salam perjuangan buat smua sahabat dan sahabiah sekalian...

Apa yang ada pada usia, smakin meningkat smakin dekat atau jauh kita dengan pencipta kita??? namun hari lahir bagi kita suatu rahmat dan sentiasa di kenang termasuklah bagi ibu2 dan ayah2.

Namun saat usia bertambah kita terlupa sesuatu. kita terlupa pada insan yang bertarung nyawa dan berjihad untuk memastikan kita dapat melihat dunia. kita terlupa dan terus terlupa pada insan yang mengukir senyum dan tangis kegembiraan saat mlihat wajah kita. saat hari lahir atau "birth day"(term masa kini) kita sering meraikannya bersama rakan2 dan sahabat2 dan bersama ahli keluarga dan kita selalu mendapat ucapan slamat hari lahir dan kita membalas ucapan dengan terima kasih2... Tapi kita terlupa lagi ucapkan terima kasih pada seorang insan yang sentiasa tidak putus2 berdoa buat kita insan yang di lahirkannya.
Siapa agaknya insan teristimewa ini?



Jawapannya----------------------->IBU@UMI@MAK<---------------------------Jawapannya

Terima Kasih Mak sebab lahirkan saya... itulah kalimah cinta seorang anak yang bisa menalirkan airmata syahdu seorang ibu dan pasti terdetik dalam hati mereka..."ingat juga anakku pada diriku" meskipun tiada kata yang terkeluar dari mulut mak namun matanya sudah cukup menggambarkan bahawa mak sayang pada mu...

Jadi apabila kita sambut hari lahir spatutnya kita belikan hadiah buat mak kita sbb mak dah betarung nyawa dab bnyak bekorban utk kita. Syukran Ya Ummi kerana telah melahirkan saya ke dunia dan mengakui bahawa saya anak mak...

Ucapkan Alhamdulillah juga kerana saat kita lahir kita dapat melihat insan yang menyayangi kita tidak seperti bayi yang terbuang di tong2 sampah dan mrata2 tempat, syukuri nikmat mendapat seorang ibu atau mak atau ummi yang kita kenali dan melahirkan kita dan mahukan kita lahir ke dunia dan menyambut klahiran kita dengan rahmat dan kasih syg...Insafilah dan syukurilah terimalah walau siapa dan bagaimana pun ibu kita kerna mereka sanggup mnerima kita saat kita lahir wlau bgaimanapun rupa atau keadaan kita...

Kelahiran bermula dengan tangisan ksyukuran biarlah penghujungnya juga berseri dengan air mata kesyukuran kerna mati dalam iman...

1 comment: