Monday, December 13, 2010

Selawat tafrijiyyah- Mari renungkan bersama



Selawat tafrijiyyah salah satu selawat yang sarat dengan makna yang mendalam. satu kalimah cinta yang ringkas kepada Allah Yang Maha Pencinta.

Betapa mulia dan baiknya Tuhan kita kerna walaupun selawat kepada Nabi Muhammad namun pahala dan keberkatan selawat tersebut turut di curahkan ke atas diri kita.

bukan susah utk berselawat terutamanya ke atas Nabi Muhammad sbb Nabi itu adalah rahmat bagi kita smua umat Islam tanpa Nabi sbg wasilah pasti Islam takkan tersebar...

Namun smuanya telah dirangcang oleh Ilahi sejak awal detik lagi dan sblum dunia ini wjud lagi...

Selain rahmat, berkat dan kasih sayang-Nya, Allah juga brikan perlindungan kpd hamba-Nya yang berselawat...

namun sbg hamba Allah yang dhaif sgala-gala-Nya tidak mungkin berlaku tanpa adanya keizinan dan kasih sayang daripada Allah SWT...

Basahkan bibir kita dengan zikrullah lbih baik dri perktaan sia2 yg mlalaikan...

Anak muda skrang bila disbut tentang slawat shj dikatakan hnya utk org alimlah, xde masa lah... smua tu alasan shj yg dikarang oleh syaitan dan kita gunakannya sbg satu alasan...

whai anak muda ubahlah persepsi dan fkiran ia bukan utk org alim tpi utk smua orang yang mengaku ''Saya beragama Islam''

klau nak orang cintakan kita kenalah kita cintakan org itu dulu... tapi tu utk mnusia... lihat betapa lemahnya mnusia nak dibri dulu barulah nak brikan ksih sayang tu...

Tapi Allah x begitu... Allah tu Maha Pemberi, Maha Pengasih dan Penyayang... kita tak minta tapi Allah dah brikan pd kita... smua nikmat didunia ni Allah yang punya bukan mnusia... Allah brikan mnusia akal dan hati utk mencintai-Nya dan menyembah-Nya bukan melupakan-Nya...

Thursday, December 9, 2010

Redha-mudah diungkap namun sukar dimengerti


Saya redha/Ana redha...Sememangnya perkataan redha itu amat mudah disebut dan sentiasa meniti dibibir manusia tatkala musibah menimpa atau ujian menerpa...


namun sebagai seorang manusia kita tidak terlepas daripada perasaan sedih dan dukacita. itulah manusia gembira pabila Allah suapkan kita dengan nikmat-Nya namun sedih pabila dihidangkan dengan ujian dari-Nya.


Terkadang ana juga amat mudah mengatakan redha namun dalam hati masih merasakan kepedihannya. namun apalah erti redha jika hati masih merasakan keperitan kisah duka tersebut.


makna redha itu amat mendalam dan perlu difahami oleh hamba Allah dengan betul dan mendalam. Redha ialah perasaan hati yang menerima segala ketentuan Ilahi dengan tenang, sabar dan pasrah dan tidak ada perasaan ketidakpuasan di dalam hati.


Ana juga manusia turut merasai kesedihan. namun tatkala perkataan redha menjengah di lubuk hati tiada lagi kata yang membibitkan tangisan kekesalan pada takdir Ilahi. Ana redha... ujian yang ana tempuh hanyalah cuma sebesar zahrah atau lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan ujian yang dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Namun imanlah yang menjadi paksi yang memperkuatkan keredhaan itu...


Sedang sahabat2 yang lain tersenyum riang kerna keputusan imtihan mereka meningkat namun ana masih tersenyum kerna Allah masih sayangkan ana. ketika keputusan diterima tiada perasaan sedih, suka, riang mahupun tangisan yang dirasai namun hanyalah satu perkataan yang dapat mentafsir segalanya R E D H A...


Tapi Alhamdulillah keputusan imtihan ana masih baik tapi bagi ana itu adalah jauh lebih baik dari apa yang ana sangka walau x se gah mana atau seelok mana. Terimalah seadanya...


Sebenarnya perasaan redhalah ujian bagi ana sebenarnya. perasaan redha ini dikaitkan dengan keikhlasan juga. ikhlas dalam menerima takdir Ilahi. segalanya telah tertulis di dalam kalam Ilahi di Luh Mahfuz tiada yang mengetahuinya selain Dia...


Pabila di hati sudah tersemat perasaan redha walau sejuta badai dan ujian datang menerkam segalanya dapat diatasi dengan tenang dan sabar dengan berpandukan syariat Ilahi.


Wahai diriku janganlah kau jadi seperti orang fasikh yang berterima kasih pada Tuhan dan rasa diri disayangi oleh Ilahi pabila nikmat diberi namun rasa diri terhina pabila kesusahan dan ujian hidup dihadirkan-Nya.

Segala apa yang diberikan kepada kita semuanya adalah suatu nikmat. kesusahan dan ujian sebenarnya adalah nikmat yang lebih baik dan memberi makna yang lebih besar daripada kesenangan jika kita mengetahuinya. Allah sembunyikan dahulu matahari dan diberikannya awan mendung beserta hujan namun selepas itu dihadiahi pula kita dengan pelangi yang indah.

pesanan ini buat diriku dan semua sahabat, musibah itu terkandung hikmah rahsia Ilahi dan redhalah sebagai ubat yang menyembuhkannya.

Wahai Tuhan kami jadikanlah kami dikalangan orang yang sentiasa redha terhadap takdir yang telah ditentukan oleh-Mu. tenagkanlah hati kami tatkala musibah melanda. kerna itu adalah tarbiyah daripada Allah yang Esa.

Musibah tanda Allah sayangkan hambanya namun diriku hanyalah hamba biasa yang masih merangkak-rangkak mencari makna Cinta Ilahi. nasihat ini bukan bermakna ana adalah seorang yang sudah emahami erti keredhaan sepenuhnya namun ana adalah hamba yang faqir yang masih belajar erti keredhaan dan coretan ini sebagai muhasabah buat ana juga...

Bukan mudah untuk menggapai Cinta Ilahi tanpa keredhaan yang menjadi pengubat di hati...







Monday, November 29, 2010

Qurban special-Islam x sekejam itu

Salam penuh kesedihan,

Qurban diilhamkan daripada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.

namun kisah ini telah disalah ertikan pada masa kini. qurban yang mengorbankan manusia bukanlah suatu perkara yang diajarkan oleh Allah dalam Islam.

Allah tidak menghalalkan menyembelih orang hidup2 hanya kerana perbezaan fahaman agama. sedangkan Nabi Ibrahim sekalipun tidak mengorbankan anaknya secara fizikalnya. walaupun pada mulanya Allah telah mewahyukan kepada Nabi Ibrahim utk menyembelih anaknya Nabi Ismail namun Allah telah menegaskan bahawa qurban manusia tak halal jadi oleh itulah Allah menggantikan Nabi Ismail dengan seekor Kibas saat Nabi Ibrahim ingin mengorbankan anaknya.

Jadi dapat dinilai disini bahawa Qurban dengan MENYEMBELIH MANUSIA bukanlah suatu ajaran Islam.

Islam bukanlah agama terrorist dan pengganas namun pengikutnyalah yang memburukkan Islam.

Jadi jangganlah silap menilai Islam. Nilailah Islam dengan melihat agama itu sendiri bukanlah pengikutnya kerna pengikutnya x semestinya lurus.

Namun kadangkala ada juga fitnah yang dilakukan oleh orang bukan islam bagi menyesatkan orang Islam dan menggambarkan agama Islam dengan gambaran yang buruk.

jadi nilailah semua perkara yang dilihat dengan kacamata agama Islam yg sebenar dan berteraskan Ilmu.

Monday, November 15, 2010

Apakah erti remaja?







Dimanakah as-syabab-pemuda pemudi Islam zaman kini usahlah lena dari mimpi dunia


Sahutlah seruan Haiya 'ala as-solah dan haiya 'ala al-falah


Marilah solat dan marilah menuju kejayaan


Lafaz seruan yang sering menjadi melodi tika azan bergema ini bukanlah lafaz n seruan biasa


ia seruan yang sarat dengan makna yang menuntut komitmen


terutama nya golongan muda


kenapa generasi muda???


kerana generasi mudalah generasi yang penuh dengan semanagat berkobar, yang tekad nya tinggi pabila sudah bertekad apa yang dicita dikejar hingga capainya, tiada gentar di hati mereka. tika langkah diatur jgan harap mereka berundur...


dahulu pemudalah yang sentiasa gigih menegakkan agama Allah hingga rela mengorbankan jiwa dan raga namun kini


remajanya leka dan lalai, remajanya lemah dan lembik terleka dengan dunia yang sementara lalai dengan keseronokan yang pura-pura


lemah dan lembik dan hnya tunduk pada penjajah dunia yang penuh agenda rekaan semata


APAKAH ERTI REMAJA ANDAI USIA MU DISIA-SIAKAN









AdiKku Muda ReMajA,

AwaS BiLa MelanGkaH,


DiRi Mu mAniS bAK guLa,


PaSti RaMai Kan TerGoda.


Tidak DiLaRanG kAU bErSukA,


AsaL TaHu kaN baTaSnyA,

Jangan SamPai adIk TerLupa,


TuGas mu dan Juga Allah yg Esa,


Ibu dAn Ayah MenarUh HaraPan,


aGar Kau Berjaya diHari kemudian(duNia n akhiRaT),


BiLa adiK tLAH bERjAya,


Akak kan TuruT geMbiRa,


Tapi Andai SeBaliKnYa,


jGaNLah adiK kecewa,


Di Hati semat kan pesanan ingat Allah tetap sayang...


Setelah berusha maka bertawakkal lah pada Allah Yang Esa












Sunday, November 14, 2010

Pesanan buat adik ana yg tercinta

Kaulah permata ayah bonda juga keluarga adik


Assalamualaikum...

Rindu benar diri ini tuk berjumpa dengan adikku yang tersayang... namun janji ku kpd adikku belum tertunai... ahsanta adikku kerna kau telah berjaya membuktikan bahwa tekadmu akhir nya beroleh kejayaan... tahniah adik kerana dapat 5A dlm UPSR tapi dik ini barulah ujian kecil buat mu masih ada juataan onak duri ujian kehidupan yang akan kau tempuhi utk bergelar seorang manusia, seorang khalifah n seorang mukmin sejati dan penyambung generasi islam...



Janjiku pada mu whai adik belum tertunai tapi tiba2 janji itu ku tukar... maafkan driku semuanya demi kebaikan dri mu adik...

Adikku Mohd Iqbal, hrapan ku smoga kau dapat menjadi hafiz dlm keluarga, kaulah juga kan jadi sinar terang dalam agama... jadilah dikau seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang bisa menawan kota Constinople iaitu kota yg pernah mahsyur dalam catatan sejarah dunia, jadilah dikau seperti Zaid bin Harith yang bisa mengagungkan Allah dengan syahadah di bibirnya sejak masih di usia kcil...

Adikku keinginan mu tika kecil mugkin terkadang melupakan diri mu bahwa kau bakal menempuh dunia yang penuh keperitan yang panjang... dan penuh dengan kesesatan tanpa agama jadi pegangan maka akan hanyutlah drimu dik dalam anganan dan keseronokan dunia yang sementara.

"Angah janji nak bg adik ape klau adik dapat 5A" itulah solan adikku
Ana pun jawablah "adik nak apa?"
"Adik nak tgok kreta control bleh x?"
Ana pun ksihan melihat drimu yang menaruh berjuta harapan itu...
lalu angah pun mengatakan "baiklah dik InsyaAllah"
namun ketika itu sebenarnya sudah tergambar sesuatu dlm minda yang memang hendak ana hdiahkan kpd adikku wlaupun adikku x berjaya skalipun...



Mungkin drimu msih lagi kebudak-budakan mungkin juga kau hnya memikirkan masa kini dan mungkin juga itu salah satu keinginanmu yang sentiasa menjadi idaman...

Tapi pada hemat angah adik dah ada kreta n dah rosak pun t klau angah blikan kreta control lagi mesti akan rosak lagi...
lagipun adik nak msuk asrama main utk skejap je blehlah... lg pun mngkin mainan ini akan melalaikan mu utk mengejar impianmu...


Adikku memang perlukan bimbingan kerna dia msih mencari hala tujaun dan jalan kehidupan namun dik ikutilah jalan Islam n jalan dakwah pasti kau akan menjadi pemuda hebat harapan agama...
"Klau bleh adik nak masuk skolah agama" kata adikku kpd ana pada suatu hari melalui talian telefon... suci n tinggi benar harapan mu itu dik utk menimba ilmu yang mulia Ilmu Islam... bukan mudah mencari seorng anak kecil yang dengan penuh semangat mnyatakan keinginan... Smoga Allah permudahkan jalan mu dlm menggapai Jlan Tarbiyah n Islam yang lurus...

Bila besar saya nak jadi apa ek??? inilah yang mungkin bermain dlm mindamu ktika ini... masa dimana kau perlu memilih jalanmu sendiri utk mengejar citamu...
Dengan itu hadiah yang ana rasa yang paling terbaik utk adik ialah "Tafsir al-Quran"
sebab apa tafsir yg jdi pilhan??? t adik mesti akan tnya knape angah bg tafsir kat adik???
jawapan begini dik kerna al-Quran adalah pedoman dan petunjuk buat manusia yang mngucap "Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan selain Allah dan Nbi Muhammad adlah pesuruh Allah" di dunia dan di akhirat... kau tak kan sesat dik klau al-Quran sentiasa dlam hati dan gengaman tnganmu... lagipun dik angah bagi tafser supaya adik faham makna al-Quran dan menghayati dan mengamalkan apa yang diberikan Allah sbg panduan dlm hidup mnusia dik...

Thursday, November 4, 2010

Salam Imtihan dan salam perjuangan

peperiksaan diatas kertas hnyalh ujian yg kcil bg mguji kejujuran dan keikhlasan seseorg dlm meniti perjlanan dunia yg smentra
stelah berusha mka bertawakkal lah pada Rabbul izzati yg Maha tahu... atas kputusan dan hasilnya...

Usah ditanya apa hasilnya tapi lihatlah dan nilailah usha yang kau berikan sbg modal kejayaan dan ingatanmu pada Ilahi itulah lebih penting dari ingatanmu pada imtihan dunia smata-mata.

Saturday, October 9, 2010

Ciptaan ILAHI tanda kewujudan-Nya



When u are sad and crying no one know it and see it
BUT
alwayzz remember that ALLAH know it and see it
Allah Most Knowing and Most Seeing




Bunga adalah suatu rekaan yang amat Indah yang membawa makna
Penciptanya lebih indah daripada apa yang dicitapakan.
Pelbagai warna dicorakkan keatas bunga agar terserlah kecantikan
serta keindahan alam.
Namun disebalik perhiasan terselit makna yang tak bisa
dirungkai dek benak fkiran manusia yang lemah ini
tanpa ada kajian...
Apabila dikaji jawapannya pasti menemukan jawapan yang berbunyi...
Subhanallah Masyaallah dan Alhamdulillah



this is an amazing view
a view inside coconut fruit
While time passing we just looking
outside the fruit but
have't we thinking how inside the fruit
although outside the fruit is ok but
inside of it can be not ok,
If we refer to the human
moral that we can get is
don't judge a book by its cover
the beauty of something can be seen inside
and the outside beauty or the physical beauty just a
decoration
but the important thing is our heart and our religion...



cantiknya pandangan ini tapi jika dilihat dari tepi ia hanyalah
pemandangan sebatang buluh yg diisi daun pisang
begitu jugalah manusia jika dipandang dari suatu sudut manusia ini adalah hamba Allah yang pling hina dan dikasihani oleh makhluk yg lain kerna nanti manusia akan dihisab oleh Allah
namun disutu sudut manusia adlah ciptaan Allah yg indah dan amat unik dan berbeza adri makhluk yg lain kerna dianugerahi dengan akal
dan fikiran yg bisa membezakan yang baik dan yang buruk...



Strawbery is a juicy and nice fruit
but the taste is differant in different places
if it at cold places it taste is juicy and sweet
but if it at hot of ordinary places it taste not very juicy and sour
it just like human maybe at another places they are good and succes people
but maybe at differnt places they are just an ordinary people and not succes people
so to be succes in our life we have to search for it not just wait n see
Allah won't change our life if we doesn't try to change it


Alam ini tidak akan wujud tanpa penciptanya,
namun sgala pengetahuan tentang ilmu-Nya hanya stakat mana yg Dia berikan kpd kita
jgn memikirkan sesuatu yang mustahil terjadi tetapi sesuatu yg mustahil bisa terjadi
dengan izin dari Allah
Jadi Berimanlah kepada-Nya dengan sebenar-benar keimanan

Monday, October 4, 2010

Mencari permata dari jutaan debu dunia

Jika dulu, para sahabat Radhiyallahu ‘Anhu sangat takut untuk dipilih menjadi seorang pemimpin, maka sekarang, ada banyak orang berlumba-lumba menjadi pemimpin. Semua mengaku terbaik!

Benar sabda Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam ketika beliau menyampaikan hadis yang diriwayatkan dari Abu Hurairah:

“Sesungguhnya kalian nanti akan sangat berminat terhadap kepemimpinan, padahal kelak di hari kiamat ia akan menjadi penyesalan.” (HR. Al-Bukhari).

Memilih pemimpin bukanlah perkara simple, sebab calon yang terpilih itulah yang akan membawa label pemimpin ummah untuk membuat dan menjalankan kebijakan-kebijakan yang menentukan nasib jutaan jiwa umat. Suka tidak suka, kandidat yang terpilih itulah yang kemudian akan menorehkan tinta sejarah di negeri ini. Meskipun torehan itu masih tanda tanya besar, apakah akan menjadi tinta emas yang senantiasa dikenang atau tinta hitam yang senantiasa diratapi. Mampukah ia menjadi pemimpin sejati, atau justru menjadi pemimpin yang menghianati amanat rakyat.

Pemimpin merupakan lambang kekuatan, keutuhan, kedisiplinan dan persatuan. Namun harus kita sadari juga bahwa pemimpin bukanlah hanya sekadar lambang. Karena itu, ia memerlukan saingan, kelayakan dan aktivitas yang prima untuk memimpin bawahannya.
Melihat esensi kepemimpinan, sebagai seorang Muslim, tentu tidak bisa sembarangan dalam memilih pemimpin. Jangan sampai perilaku “memilih kucing dalam karung” menghantui kita.

PERANAN SEORANG PEMIMPIN

Menurut perspektif Islam ada dua peran yang dimainkan oleh seorang pemimpin:

1. Pelayan (khadim)
Pemimpin adalah pelayan bagi pengikutnya. Seorang pemimpin yang dimuliakan orang lain, belum tentu hal tersebut sebagai tanda kemuliaan. Karena pemimpin yang baik adalah pemimpin yang bisa berkhidmat dan menjadi pelayan bagi kaumnya.
Seorang pemimpin sejati, mampu meningkatkan kemampuan dirinya untuk memuliakan orang-orang yang dipimpinnya. Dia menafkahkan lebih banyak, dia bekerja lebih keras, dia berpikir lebih kuat, lebih lama dan lebih mendalam dibanding orang yang dipimpinnya.
Demikianlah pemimpin sejati yang dicontohkan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Bukan sebaliknya, pemimpin yang selalu ingin dilayani, selalu ingin mendapatkan dan mengambil sesuatu dari orang-orang yang dipimpinnya.

2. Pemandu (muwajjih)
Pemimpin adalah pemandu yang memberikan arahan pada pengikutnya untuk menunjukkan jalan yang terbaik agar selamat sampai di tujuan tentu saja itu baru tercapai dengan sempurna jika di bawah naungan syariat Islam.

KARAKTERISTIK PEMIMPIN DALAM ISLAM

Perlu disadari, dalam memilih pemimpin ada tanggung jawab yang akan dipikul di hadapan Allah terhadap pilihan kita. Di sinilah pentingnya seorang pemilih mengenal calon pemimpinnya. Agar bisa mengetahui kesesuaiannya dengan karakter pemimpin ideal yang diatur oleh Islam. Kalau ternyata sesuai, maka jangan sungkan memberikan suara.
Di antara karakteristik pemimpin dalam Islam, yaitu:

1. Jujur
Pemimpin Islam haruslah jujur kepada dirinya sendiri dan pengikutnya. Seorang pemimpin yang jujur akan menjadi contoh terbaik. Pemimpin yang perkataan dengan perbuatannya senantiasa sejalan.

2. Kompeten
Kompotensi dalam bidangnya mutlak dimiliki oleh seorang pemimpin Islam. Orang akan mengikuti seseorang jika ia benar-benar meyakini bahwa orang yang diikutinya benar-benar tahu apa yang sedang diperbuatnya.

3. Inspiratif
Seorang pengikut akan merasakan ‘aman’ jika pemimpinnya membawanya pada rasa nyaman dan menimbulkan rasa optimis seburuk apa pun situasi yang sedang dihadapi.

4. Sabar
Pemimpin Islam haruslah sabar dalam menghadapi segala macam persoalan dan keterbatasan, serta tidak bertindak tergesa-gesa dalam mengambil keputusan.

5. Rendah hati
Seorang pemimpin Islam hendaklah memiliki sikap rendah hati. Tidak suka menampakkan kelebihannya (riya) serta tidak merendahkan orang lain.

6. Musyawarah
Dalam menghadapi setiap persoalan, seorang pemimpin Islam haruslah menempuh jalan musyawarah serta tidak menentukan keputusan sendiri.
Asy-Syaikh Abdurrahman As-Sa’di—rahimahullah—mengatakan, “Jika Allah mengatakan kepada Rasul-Nya—padahal beliau adalah orang yang paling sempurna akalnya, paling banyak ilmunya dan paling banyak idenya, “Maka bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu.” (QS. Ali Imran: 159). Maka bagaimana dengan yang selain beliau?”

7. Mampu berkomunikasi dengan rakyatnya
Kapasitas ilmiah serta empati dan rasa sensitivitas yang baik akan mereka yang dipimpinnya, pada akhirnya akan melahirkan seorang pemimpin yang mampu berkomunikasi dengan baik kepada rakyatnya. Komunikasi yang baik kepada rakyatnya bukanlah sekadar kemampuan retorika yang baik, tetapi juga kemampuan memilih hal yang akan dilempar kepada publik serta timing yang tepat dalam melemparkannya. Kematangan seorang pemimpin akan membuatnya mampu berkomunikasi yang jauh dari sikap emosional. Dan yang terpenting dari semua itu adalah sang pemimpin akhirnya mampu mengambil sebuah kebijakan yang tepat dalam sebuah kondisi yang memang dibutuhkan oleh rakyat yang dipimpinnya.

RAHsIa KEkuAtan PeMimpiN

1. Kekuatan iman, ilmu, dan wawasan yang luas
Seluruh nabi dan rasul memimpin dengan kekuatan iman dan ilmu. Nabi Sulaiman Alaihissalam memerintah hampir seluruh makhluk (seperti jin, binatang, angin) dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam dapat menyelesaikan berbagai masalah dengan ilmu dan keimanan yang kuat. Dengan ilmu dan iman seorang pemimpin sanggup memimpin dirinya (seperti memimpin matanya, hatinya, lidahnya, pikiran dan hawa nafsunya) sebelum memimpin orang lain.

2. Ibadah dan taqarrub kepada Allah.
Ibadah dan banyak bertaqarrub kepada Allah, dapat melahirkan kewibaan, ketawadhuan, kesabaran, optimisme, dan tawakkal. Ibadah dan taqarrub juga akan melahirkan kekuatan ruhaniyah yang dahsyat.

3. Keteladanan.
Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengajak jihad, beliau bertempur paling depan, bersedekah paling ringan dan hidup paling bersahaja. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallammenyuruh bertahajud, beliaulah yang kakinya bengkak karena banyak bertahajjud. Ketika Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menghimbau umatnya untuk berhias dengan akhlak mulia, beliaulah manusia yang paling mulia akhlaknya

CiRi2 Pengikut Dalam Islam

1. Taat
Seorang pengikut harus patuh kepada pemimpin. Setelah pemimpin dipilih lewat jalan musyawarah maka wajib bagi pengikutnya (yang menang dan yang kalah untuk taat kepadanya, kecuali sang pemimpin telah melanggar ketentuan Allah dan membuat kerusakan).

2. Dinamik dan kritis
Seorang pengikut harus dinamik dan kritis dalam mengikuti kepemimpinan seseorang. Islam tidak mengajarkan suatu ketundukan buta atau sekadar ikut-ikutan.

Oleh itu sbg seorang hamba juga khalifah di bumi nyata segan dan malu juga perasaan hina patut terbit di hati kita kerna kepimpinan itu suatu yang amat berat hingga gunung juga sluruh makhluk kecuali manusia x mampu dan menolak untuk memikulnya.
Namun manusia dgn angkuh mendabik dada dan mgatakan kelayakannya yang hanya sebesar zahrah bahwa drinya mampu menjadi seorang khlifah di dunia yang terbentang luas.
namun sbg seorg manusia ketahuilah bahwa Allah tlah memilih manusia utk menjadi pencorak kehidupan dunia dan dominasi
dalam catatan khalifah.
pabila drimu tlah mendapat taklifan sbg seorang kepala dlm suatu saff yang memimpin dan memacu suatu kepimpinan ikutan maka bersedialah utk memimpin dan juga dipimpin.

Namun ketahuilah suatu kepimpinan pasti akan hancur dan berderai dan menjadi seperti debu ditiup angin atau seperti buih di lautan yang menghilang tanpa jejak atau kesan jika sekiranya akar pegangan tidak kukuh dan kesediaan mu utk dipimpin oleh ILAHI di kau hilangkan atau luput darimu...

Jadi pencarian permata dalam jutaan debu dunia amatlah sukar namun bagi Allah ia amatlah mudah...

jika pemimpin tidak mengikut Raja segala Raja atau Pemimpin kpd segala Pemimpin (Allah) mana mungkin mandat pemimpin dapat di tanggung di pundak bahunya...
pabila drimu tlah mendapat amanah ummah anggaplah ia amanah dari Allah dan bukan sebagai suatu bebanan. Semoga permsts ysng dicari dari jutaan debu dunia dapat dijumpai dan semoga Islam akan menguasai kepimpinan dunia suatu masa nanti.

Wallahua'lam...

Thursday, September 30, 2010

Ayat-Ayat cinta dari Allah penenang hati

Surah al-Hadid

Ayat 22-24

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

24. orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan Yang menghina); dan sesiapa Yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Monday, September 27, 2010

Ada Apa DeNgaN CinTa




C I N T A
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sebenarnya...
pelbagai tafsiran dan pengertian yang berbait indah diberikan
namun perkataan ini sukar dimengerti...
cinta itu sebenarnya sesuatu yang indah jika tepat pada tempatnya

namun apa yang kita lihat realiti masakini cinta telah membutakan mata hati
tidak mengenal mana keindahan dan mana kesusahan, mana sampah dan mana hadiah,
yamg mana permata yang mana kaca,

jarang benar ana berbicara mengenai cinta kerna bagi ana
CINTA YANG SEJATI IALAH CINTA KEPADA PEMILIK CINTA
barulah cinta kita diterima dan dapat mengubah diri kita
ke arah yang lebih baik dalam menelusuri jalan berduri menuju syurga yang kekal abadi,

CINTAILAH ILAHI
kerna kerana Dialah kita berada didunia ini,
kerna Dialah kita dapat nikmati hidup yang indah
semuanya kerana keagungan Cinta-Nya kepada kita
yang mengangkat kita ke darjat yang lebih baik
walhal kita dahulu hanyalah setitis air mani yang hina
ibarat jika air mani itu jatuh ke tanah
ayam x catuk itik tak sudu...

begitulah betapa hinanya kita
namun pabila diberikan cinta yang sedikit dari-Nya
kita lupa hendak bersyukur, berterima kasih
dan membalas cinta tersebut semula
pelupanya kita

namun pencinta kita yang setia Allah yang Esa
Tak pernah lupa untuk memberikan cinta-Nya
kepada kita
tiap masa Dia beri kita bernafas dengan baik, makan dan minum dengan mudah
dan apa yang kita mahukan Dia berikan

Jadi Mengapa kita mencari cinta selain Cinta-Nya
Kenapa kita masih mahu mencari Cinta yang terlarang
Itulah manusia mudah terleka oleh nikmat dunia
yang sementara dan kan binasa jua akhirnya

Ketahuilah manusia
Cinta ILAHI amat meluas dan tiada sempadan
Dia memberikan Cinta-Nya kepada semua manusia
tak kira samaada
dia miskin atau kaya, hina atau mulia
besar atau kecil, Islam atau kafir
buta atau celik, cacat atau sempurna

Semuanya mendapat Cinta dan kasih sayang-Nya
Alangkah baiknya Dia
Mengapa manusia masih mahu mencari cinta manusia
yang akan musnah bila2 masa
Carilah cinta-Nya pasti cinta manusia yang mencintai-Nya kau kan temui

Indah nya cinta jika ia untuk Allah yang Maha Pencinta dan Penyayang (Allah Al-Wadud)

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan mula melangkah pergi


Hari ini smua shbt sekuliah dan sekolej dilanda demam raya...

namun dlm keseronokan itu ingatlah bahwa ramadhan al-kareem mula berlari meninggalkan kita.
tanpa kita sedari syawal sedang menunggu titah tuhan-Nya utk bertukar tempat dengan Ramadhan...

smoga ramadhan kita x sia2 dan kita mendapat sjil ketakwaan yg dicari wlaupun x full marks tp yg penting kita dikasihi oleh Rabb kita...Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
dalam bergembira jgn lupa mhon ampunan pd Yg Esa dan bersyukur atas nikmat-Nya kerna tanpa nikmat dan belas ihsan-Nya mana mungkin kita bisa mghadapi Ramadhan ini...

-AIDIL AID SAIDAN-
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 6, 2010

Madah Seorang Sahabat


Sahabatku
dahulu kita bersama
segala suka dan duka kita kongsi bersama
namun sahabat
maafkanlah driku ini yg lemah dan dhaif
mgkin teguran ku terlalu hina buatmu
sehingga kau guriskan kembali hatiku



sahabat
dulu
terkadang kau curahkan
isi hatimu kpd driku
aku bahagia pada masa itu
kerna ku bisa mgubati luka hatimu


sahabat
namun
tika hari itu
hatiku mula menjauh dari hatimu
kerna ku sangka akulah yg bersalah
akulah yg salah sangka padamu
dan ku fkir kau kan lbih bahgia tnpa driku disismu
dan mungkin juga hati kita tidak ditakdirkan bersatu
dalam jalan redha ILAHI
sahabat
bukan kehilanganmu yg aku takuti tetapi
kutakuti kau kehilangan cinta Tuhanmu
namun tika itu ku fkir
mungkin kau punya jalanmu sendiri
dlm menggapai redha Ilahi.

sahabatku
kadang aku termangu sendiri
kenapa jln dunia
dan kehidupan dunia yg semntara ini
yg kau pauti dan lalui
kau tahu sahabatku bahwa jln dunia ini hnyalah semntara
dan penghujungnya adalah akhirat

sahabat
ketahuilah
teguranku hnya kerna aku menyayangimu
nmun apa dayaku andai
kau buangku dari diari hatimu

sahabat
aku kan tetap mencuba dan mencuncuba
dan ku harap Ilahi menunntunmu
menemui jln yg dulu kau tinggalkan
Islam yg sebenar...

sahabat
aku redha jika
risiko itu yg terpaksa aku pikul
demi memenangi hatimu
dan mencorak mu ke jalan bahgia
al-Jannah yg kekal abadi selamanya


Ikatan antara Hati itulah ukhwah fillah


Manisnya ukhwah atau juga disebut persaudaraan tidak dapat dirasai sehinggalah kita berada dalam lingkungan ukhwah tersebut...
ranjau duri dan ujian didunia pasti tidak dapat dilalui nadai tiada saudara seakidah yg akan membantu kita bangun andai kita terjatuh di pertengahan jalan-Nya, mengingati kita andai kita terlupa tentang-Nya, serta menyayangi kita kerana-Nya.


Ukhwah tidak akan dapat dipatri jika tiada rasa kasih dan sayang kepada Allah. hal ini dapat di kiaskan kpd suatu cerita:-

Seseorang yg mempunyai segala nikmat dunia seperti kecerdikan, ketampanan, kekayaan harta benda namun hidupnya sunyi lalu ingin mendekati seseorang yg amat pendiam di kelasnya untuk dijadikan teman yg akan berada di sampingnya bagi memecah kesunyian dan untuk menjadi saudara sehati. namun hingga tamat zaman persekolahan dia tetap tidak berjaya dalam misinya dan hbungan mereka tetap tidak seakrab sepert yg diharap.

Jadi dapat disimpulkan dari cerita diatas bahwa ukhwah ialah ikatan antara hati dan hanya Allah shjlah yg berkuasa memercikkan rasa kasih dan sayang dan menyatukan hati yg di kehendaki-Nya. jadi bersyukurlah kita kerna dikurniakan ukhwah yg tidak tahu dimana bermula yg tiada pangkal dan penghujungnya... biarlah disyurga menjadi penyatuan semula hati2 insan yg berukhwah fillah. benarlah seperti firman Allah:-

Ali-Imran 103 :-
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Namun dalam memelihara serta menyemai ukhwah serta yg mengakui ukhwahnya adalah ukhwah fillah terdapat hak2 yg perlu kita sempurnakan atau berusaha untuk melakukannya iaitu:-

1- ucapkan salam apabila bersua

2- penuhi undangannya apbila diundang

3-memberi nasihat apabila dipinta

4-mendoakannya ketika dia bersin

5- ziarahinya ketika sakit

6-iringi jenazahnya apabila ajal menjemputnya

7- menolongnya apabila dia dlm kesusahan wlaupun tidak dipinta pertolongan tersebut

8- menutup keaibannya kerna jika kita menutup aib saudara kita dihadapan klompok yg kecil Allah akn menutup aib kita dihadapan khalayak yg lbih rmai...

ukhwah itu bak ikatan tasbih yg akan sentiasa terikat erat dengan tali akidah sebagai pengikatnya dan untaian tasbih itu tidakkan pernah putus hingga ada tangan2 yg memutuskannya atau hinggalah tiba waktunya.

Wallahua'lam


Wednesday, August 25, 2010

Konvensyen Siswa Ikram menyuntik semangat dakwahku

"Kenyataan Hari ini adalah mimpi Semalam"

Salam buat semua sahabiah dan buat ana dan buat blog ana juga(wlaupun blog x leh jwb salam)

kenyataan hari ini adalah mimpi semalam ku. itulah tema KONSIS 2010 yang telah selamat berlangsung di Masjid Negeri Sultan Ahmad Shah Pahang.
program ini ana rasakan sebagai suatu tarbiyah dan penyuntik semangat yang ana cari. sememangnya ana bersyukur kerna Allah masih sudi menegur ana dan mentarbiyah ana tika ana dalam kelalaian wlaupun tanpa dipinta. ana akan terasa amat sedih sama seperti Rasullullah S.A.W. yang mulia yang rasa ditinggalkan oleh Allah yang merupakan kekasihnya yang sejati. sama jugalah keaadaannya dengan ana yang terlalu hina ini jika tatkala ana rasa ditinggalkan oleh Allah ana rasa 1000 kali ganda lebih sedih dari Nabi kerna siapalah ana yang nak dibandingkan dengan diri ana yang hina ini.

namun hakikatnya Allah tidak pernah meninggalkan hambanya hanya hambalah yang rasa kan begitu kerna mengenag diri yang terlau hina ini.

berbalik kepada Konsis sememangnya pelbagai perkongsian dan stategi dakwah serta tarbiyah yang dikongsi oleh para Ustaz/Ustazah serta ukhti2 dan akhi2 seagama yang ana rasakan amat bermanfaat dan mamberi kesan yang membekas pada hati hingga ana terpanggil untuk mencari mad'u.

sememangnya diri ini hamba yang lemah namun itu bukanlah alasan yang akan menjadikan ana lemah dan hanya mendiamkan diri tanpa melakukan apa2 dan membiarkan masyarakat dan terutamanya anak2 muda, remaja, as-syabab yang sepatutnya menjadi tiang agama ranap, runtuh dan hancur kerna arus globalisasi yang menghentam manusia dan menelan manusia yang alpa dan lalai dengan nikmat dunia tanpa mereka dan kita sedari.

Jadi kita perlulah bangkit dan gigih serta mengambil dan menggengam semangat Rasullullah dlam menyebarkan agama Allah yang merupakan agama yang pertama dan terakhir yang bertakhta di dada dan hati Rasulullah.

apa yang berlaku pada masa kini sebenarnya adalah suatu perkara yang telah diketahui oleh Rasullulah dan para sahabat dan para tabi' tabiin dahulu. mereka telah tahu bagaimana yang akan terjadi dengan umat masa kini.

dengan adanya misi dakwah oleh para2 daie islam pasti kan tertegak semula...

InsyaAllah








Friday, August 20, 2010

Mimpikah hambaMu ini Ya Allah


salam perjuangan dan salam mujahadah buat semua saudara seagama dan seakidah
i
mimpikah ana yg hanya seorang hamba yg terlalu kerdil ini dapat atau mempunyai mutarrobbi

tidak ku sangka mimpi semlm rupanya sudah menjadi kenyataan hati ini
tanggal 18ogos akhirnya hati2 yg rindukan Allah dan al-Jannah dtg menemui ana dan rakan ana yg bru nak merangkak2 utk menjadi murobbi

namun tidak kami sangka rupa-rupanya detik dinanti telah tiba
sesi taaruf dan pengenalan serta muhasabah dri serta sdikit ucapan semanagt dan tarbiyah telah terlaksana.
akhirnya kami mengikat janji setia utk berusrah bersama bagi mentarbiyah dri kami dan org lain

sebuah usrah tidak akan sempurna tanpa adanya ikatan ukhwah dan hati
inilah yg diajarkan oleh rasul kekasih Allah kpd shbt2nya dan sterusnya ummatnya...

biar driku jtuh dan tergolek bribu kali namun biarkan ISLAM jatuh tidak sekali2
biarlah nyawa kami yg menjadi tukaran demi keimanan dan memartabatkan Islam yg tercinta. Matikan lah kami dlm syahid di jlnMu. Insya'Allah... Amien...

Friday, August 13, 2010

Bln Ramadhan yang sepatutnya ditunggu-tunggu


Alhamdulillah syukur ku panjatkan kerna dapat bertemu dengfan ramadhan kembali namun mungkinkah ini ramadhan terakhir buat ku. sesungguhnya kematian tersebut adalah suatu yang pasti dan tidak ada yang lebih dekat dengan manusia melainkan kematian.
usah kita biarkan ramadhan ini berlalu tanpa meninggalkan sebarang kesan tarbiyah buat kita.
rugilah driku jika tidak ku jadikan ramadhan kali ini sebagai madrasah yang lebih baik dari yang dahulu...


sememangnya ramadhan adalah suatu bln yang diberkati dan dinanti-nanti kedatangannya...
sambut lah ramadhan seperti menyambut kedatangan kekasih yang kita cintai.


betulkah amalan dibln ramadhan berlipat-kali ganda pahalanya?
hanya Allah yang lbih mngetahui segalanya
tepuk dada tanya Iman di hati.
namun yang penting yang perlu dikejar bukanlah pahala tetapi keredhaan dari Allah.
keberkatan di bln ramadhan yang menjadi cahaya petunjuk bagi kebanyakan manusia yang bergelar muslim.



Friday, August 6, 2010

Alhamdulillah kerna akhirnya Israel (dinusour t-rax) Bebaskan Kapal Freedom Flotilla

Alhamdulillah tersenyum ana apabila melihat brita ini di laman http://aqsasyarif.com. ana tersnyum bukan kerna nilaian kpal tersbut namun kerna harapan yg dibawa oleh kapal tersbut utk rakyat di Gaza...

Akhirnya slps perlabagai alasan dan dalihan yg dibuat trmasuklah mengugut dunia dan dengan angkuhnya mreka pernah berkata bahwa kapal freedom fertila akan dijadikan hotel mewah. namun kerna bantahan dan kecaman yg bertubi2 dari masyarakat dunia dan masyarakat Islam akhirnya puak Israel(dinosour t-rax) ini tunduk mgalah dan membebaskan kapal2 tersebut...

Lihat knyataan aktivis LL4G dan Sukarelawan Aqsasyarif di bawah:-

Rejim pengganas Israel akhirnya terpaksa mengalah berhadapan dengan tekanan dan desakan pemilik kapal-kapal yang menyertai konvoi kemanusiaan Freedom Flotilla akhir bulan Mei lalu. Semua kapal-kapal yang diserang dan disamun oleh tentera laut Israel di perairan antarabangsa itu akan dikembalikan kepada pihak Turki, demikian menurut pengumuman rasmi rejim Zionis hari ini, Khamis 5 Ogos 2010.

Para pemilik kapal enggan tunduk kepada desakan Israel supaya mnandatangani perjanjian untuk tidak menggunakan kapal tersebut bagi tujuan pelayaran ke Gaza.

Semua kapal-kapal tersebut dilabuhkan di pelabuhan Ashdod, kecuali kapal penumpang Mavi Marmara yang berada di pelabuhan tentera laut di Haifa.










Dalam kenyataan mereka yang dilaporkan oleh Haaretz, Kementerian Pertahanan Israel akan menyerahkan kapal-kapal tersebut kepada wakil Turki. Untuk tujuan itu, Turki menghantar tiga buah kapal tunda untuk menarik kapal-kapal tersebut dari perairan Israel. Kapal-kapal tunda tersebut dijangka sampai di Israel pada hari Khamis.

Israel tidak mahu memberi sebarang kenyataan berkenaan kargo barang-barang bantuan dan juga barangan peribadi relawan yang mereka rampas. Walaubagaimanapun, Haaretz menyebut bahawa semua kapal Turki akan diserahkan bersama-sama barangan peribadi relawan yang belayar menggunakan kapal-kapal tersebut.

Pada 31 Mei lalu, Zionis Israel telah menyerang dan seterusnya memaksa armada freedom flotilla beserta relawan kemanusiaan dan anak-anak kapal dibawa ke negara haram Israel secara paksa. Seramai 9 orang relawan terkorban dan puluhan yang lain tercedera dalam serangan tersebut. Semua relawan ditahan di beberapa buah penjara di Israel. Atas desakan pihak antarabangsa, relawan-relawan dibebaskan daripada tahanan dalam tempoh 72 jam. (mn/Haaretz/PIP)


berdasarkan kepada knyataan Israel ini kita dapat lihat bahwa mreka mmg bagsa putar belit slps bebaskan kapal ada pula perjanjian supaya kpal tersbut x berlayar lagi ke Gaza...

sememangnya mreka rejim dan bagsa yg penakut sebenarnya jika x mgapa seruan utk berjihad scara face to face x pernah dilaungkan sbaliknya bnyak serang dan tindas umat Islam mlalui perjanjian dan serangan curi...

akhir kalam Marvi Marmara pasti akan mencecah lautan Gaza juga suatu hari nanti... Insha'Allah

Allahuakbar...

Jihad Boikot

Salam perjuangan buat semua umat islam sluruh dunia. sesungguhnya siapa lah kita di mata Allah jika dibandingkan dgn para Anbiya' dan para syuhada yg mulia. dimana syahid minjadi impian yg dikejar. tidak sperti kita sebut tentg kmatian shj sudah rasa ngeri sdgkan kmatian itulah yg pling dekat dengan kita. usah takut pada mati tapi ingatlah bahawa Rasulullah bersabda bahwa orang yg pling pandai bukan lah orang yg banyak ilmu didada tapi org yg pandai adlah org yg sentiasa mengingati mati dan bersiap-sedia untuk menghadapinya.

Puisi di bawah merupakan puisi yg ana dan rakan2 ana deklamasikan bagi menunjukkan bantahan kami kpd brangan yahudi dan sekutunya Amerika...

mereka adalah raksasa dinosour t-rax yg berhati kejam yg mmg pengecut...

smemangnya siapalah kita utk membantah dan memboikot brangan mreka. mungkin ada stengah pihak yg mgatakan sia-sia namun ingatlah usha kita bukan hnya kerna mahukan hasilnya tapi kerna mahukan penilaian dan redha dari Allah...

akhir kalam, lihatlah isi kandungan puisi yg disampaikan bukan gaya persembahan dan org nya sama lah seperti kami memberi nasihat, lihatlah nasihat yg diberi tapi bukan org nya...

Jihad boikot dan boikot lah barangan yahudi Ayuh boikot Yahudi bangsa yg kejam...



Wahai saudaraku,

Tahukah kamu semua? Yahudi itu tidak sekuat mana,

Ia bangsa pengecut, Hatinya amat penakut,

Dibongkar Allah dalam al-Quran,

Jihadmu cukup menggentarkan.

Namun, Hari ini ia berkuasa, Kenapa?

Kerana ia kaya-raya, Produknya menguasai dunia,

Ditaja pula kuasa besar Amerika,

Bantuan berjuta dolar, Bebas memiliki senjata.

Saudaraku,

Kamu membeli produk Yahudi,

Kamu menyokong mereka, Kamu memberi

kan mereka dolar,

Kamu memberikan mereka kekuatan,

Dengan rasa bangga, Tanpa rasa bersalah.

Kamu mencipta seribu alasan,

Kau akan lapar, Kau akan kebulur, Kau tidak maju,

Kau akan susah, Kau hilang pekerjaan,

Tanpa produk mereka,

Cukuplah!

Kau beralasan lagi, KFC tak sokong Yahudi,

Nestle tak ada kaitan, Mudahnya kau percaya,

Pada diayah mereka, Tanpa sebarang siasatan,

Tidakkah kau lebih percaya, Pada fatwa para ulama,

Yang berhukum dengan kajian,

Cukuplah!

Inilah jihad saudaraku,

Tiada jihad tanpa pengorbanan, Tiada jihad tanpa kesusahan,

Usah bergantung pada produk Yahudi, Bangkitlah berdikari,

Buktikan produk Muslim lebih berkualiti.

Ingatlah hari kebangkitan, Allah pasti menyoal,

Di mana perjuangan kamu? Di mana maruah kamu?

Di mana sumbangan kamu? Di mana persaudaraan kamu?

Untuk saudaramu di Gaza.

Tidakkah ada sedikit simpati?

Tidakkah ada rasa belas kasihan?

Tidakkah ada semangat ukhuwah?

Tidakkah ada rasa ingin menolong?

Jika tiada, Masih adakah simpati Allah buatmu nanti?

Tidak keterlaluan jika kukatakan,

Duitmulah sumber kekuatan Yahudi,

Kamulah yang memberi mereka senjata,

Kamulah yang menyokong mereka,

Kamulah yang membunuh saudaramu,

Kamulah yang membuat saudaramu derita,

Duitmu tersalur ke peluru Yahudi.

Ingatlah saudaraku,

Allah SWT Maha Adil, Kamu pasti akan disoal,

Kamu pasti akan dihisab, Atas setiap yang kamu belanjakan,

Meskipun hanya untuk Kit Kat, Nestle.

Kamu mungkin tak mampu,

Berjuang di medan perang, Mengangkat senjata,

Berkonfrontasi dengan si zalim,

Mengelak percikan api, Mendengar dentuman bom,

Melihat aliran darah.. Habis?

Apa yang kau mampu?

Tanganmu mampu dan berkuasa,

Memboikot barangan mereka,

Sebagai tanda perjuanganmu,

Seiring jihad saudaramu,

Meninggikan kalam Allah dan Rasul.

Ayuh! boikot Yahudi!

[karya Dr. Farhan Hadi Mohd Taib, Hospital Selayang, 29 Januari 2009]


Thursday, July 29, 2010

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan EngkauYa Allah Yg Maha Agung



kesyukuran ku panjatkan kerna setiap nafas dan kekuatan yang bersemadi di dalam dri ini hanyalah milik Rabbku yang Mulia

Doa Rasulullah yang sentiasa baginda ulang slps solat baginda...
Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan mencantikkan amalanku...

sesungguhnya hidayah itu milik Allah oleh itulah kita mesti memohon kpd Allah agar kita tidak berakhir dlm kematian yang buruk iaitu dlam kekufuran kpd-Nya...
nauzubillah hi minal zalikh

Sesungguhnya Dia memberikan petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki


Saturday, July 17, 2010

Majlis Titian Siswa-Mak Tidak Sedih





Salam mujahadah

Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak berlari di titian key pad. namun Alhamdulillah terlalu banyak tarbiyah yang ana pelajari sepanjang minggu lepas.

Antaranya ialah majlis Titian Siswa. Majlis ini bukanlah untuk ana atau untuk mahasiswa tetapi untuk pelajar tingkt5.

Majlis ini sebenarnya ialah majlis adik ana dan rakan2 seperjuangannya.
Nmaun ana tumpang bangga atas kejayaan adikku bukan kerna kejayaan yang didapatinya sebenarnya tetapi kerna cabaran, dugaan dan kesusahan yg di hadapinya.

Namun segalanya telah ditetapkan oleh Ilahi dan Dia lebih baik dan sempurna rancanganya brbanding dengan manusia yg lemah dan dhaif ini.

Cabaran yg ditempuhi oleh adikkku termasuk lah di "rengging" oleh senior nya sendiri. Namun bukanlah ana menulis di sini kerna ingin mengutuk, memarahi org yg telah merengging adik ana atau untuk memuji adik ana tetapi ingin berterima kasih kepada Allah kerna ujian daripadaNya telah melahirkan seorg anak yang sangat taat kepada ibu bapanya dan keluarga, seorang anak muda yang amat penyabar dan berakhlak mulia.

masih terimbau di ingatanku bagaimana adikku bercerita kepadaku tentang pengalamannya di "rengging". basuh baju dlln tidak perlu ana sebutkan kerna itu telah menjadi perkara rutin dalam acara buli membuli ini. namun yang ana tidak dapat lupakan ialah sewaktu adik ana di tampar oleh seniornya hanya kerana kesalahan yang kecil sahaja.
namun yang ana terharu kerna adik ana langsung tidak pernah mengadu hanya apabila ditanya barulah diberitahu. katanya semasa ditampar dia berada di luar kelas kerna di panggil oleh senior kemudian tanpa diketahui sebabnya senior tersebut terus menamparnya sehingga darah keluar dari mulutnya. namun tidak di balasnya, dia hanya mendiamkan diri dan masuk ke kelas. apabila ditegur oleh rakan yg melihat darah keluar dari mulutnya dia hanyalah mengesatnya dan menghilangkan darah tersebut tanpa ada reaksi sedih, marah geram dan sebagainya. begitulah peribadi adik ana yg amat ana sayangi. namun sewaktu dia bercerita tiada reaksi sedih atau marah pun yang ditunjukkan bahkan reaksi ceria yang ditunjukkan...

Nmaun semuanya berlaku kerna izin Ilahi. dan ada hikmah nya yang membuatkan ayah ana dan ibu ana tersenyum bangga dgan adik ana. sewaktu majlis ini berlangsung adik ana langsung tidak menyangka bahwa ayah ana akan datang ke sekolahnya. hal ini kerna ayah ana dan ibu ana tidak dapat selalu menghadirkan diri sewaktu majlis2 yg diadakan sekolah adik ana untuknya kerna masalah jarak dan masa yang telah difahami oleh adik ana.

adik ana pernah memberitahu ana bahwa senior yang me"rengging" nya dahulu di timpa musibah ( tidak berjaya dlam plajarannya dan koma di hospital kerna xcident). namun bagi sesetengah orang pasti mengatakan itu adalahsuatu hukuman dari Ilahi namun bagi ana mungkin itu suatu tarbiyah dari Ilahi. namun ana tidak pasti keaadaanya skrg. semoga dia selamat kerna ana berterima kasih kepadanya kerna telah menjadi wahana atau org yang membuatkan adik ana menjadi seorg yg sangat penyabar sekarang... Alhamdulillah doa ana utk adik ana ialah semoga dia dapat menjadi seorg syabab yang dapat mempertahankan agama dan membelanya dan dapat menjadi seorang anak yg berbakti kepada ibu dan ayanh ana dan juga kepada bangsa.

kini adik ana bercita-cita menjadi seorg engineer namun pada masa yang sama dia pandai memasak. bukan mudah nak cari anak muslimin yg pandai masak dan yg nak tlong emak di rumah utk bt kerja dapur...

semoga drimu dik akan membuatkan ayah dan ibu serta adik2, kakak dan abangmu tersenyum melihat kejayaan mu menempuhi ranjau berduri kerna hidup ini adalah suatu ujian dan akakmu ini tahu kau mampu menghadapi sgala onak dan ranjau berduri demi menggapai redha ILAHI...