Tuesday, January 25, 2011

Sepuluh (10) Muwasofat Tarbiyah


Siapa mengaku "I'am a Muslim"

Jadi nilah kayu ukur nak nilai adakah kita sudah menjadi muslim yang sejati or a full time Muslim

Check dan Muhasabah dri itulah yang dpat mengislahkan lagi atau memperbaiki semula dri kita...

Maksud Muwasofat tarbiyah ialah ciri2 orang yang sudah di tarbiyah atau di didik dengan acuan Islam oleh Allah SWT

Maka sifat ini lah yang sepatutnya ada pada kita untuk menjadi mukmin profesional...

Sahabat sbg Penguat Iman

Jazakillah hu Khairan Sahabatku

Terima kasih sahabat2 tanpa dri antunna sekalian pasti ana kan futur dalam dunia sementara ini... Dunia yg menguji kekuatan Iman dunia yang melalaikan insan2, dunia yang penuh dengan kemanisan sementara...

Tapi Ketahuilah kemanisan Ukhwal Fillah itu selamanya....

.......................Aku cintai drimu kerana Allah whai sahabat..........................

-------------------------------------------->Ceritaku<--------------------------------------


Buku ni adalah Hadiah dari seorang sahabat sempena hri lahir tak sangka sbb bku ni mmg menjadi idaman hati untuk dijadikan koleksi tarbiyah
tapi bukan hadiah yg menjadi ukuran tetapi ingatan yang menjadi pemanis persahabatan
terharu bila shbat ckap "Ingat saya lupa ke hari lhir awak"... sdikit terharu sbb kerana disibukkan dgn hal dunia saya terlupa bahwa umur saya sudah bertambah dan kematian mkin menghampiri saya...

Syukran Jazilan Sahabat... sememangnya kadang2 sahabat kita lebih tahu tentang dri kita lebih dari dri kita... itu bukan suatu kepelikan jika ikatan equaivalent Iman yang mengikat atom2 Ukhwah fillah ini...




Usiaku bertambah lagi-Syukran Ya Ummi


Salam Mujahadah dan Salam perjuangan buat smua sahabat dan sahabiah sekalian...

Apa yang ada pada usia, smakin meningkat smakin dekat atau jauh kita dengan pencipta kita??? namun hari lahir bagi kita suatu rahmat dan sentiasa di kenang termasuklah bagi ibu2 dan ayah2.

Namun saat usia bertambah kita terlupa sesuatu. kita terlupa pada insan yang bertarung nyawa dan berjihad untuk memastikan kita dapat melihat dunia. kita terlupa dan terus terlupa pada insan yang mengukir senyum dan tangis kegembiraan saat mlihat wajah kita. saat hari lahir atau "birth day"(term masa kini) kita sering meraikannya bersama rakan2 dan sahabat2 dan bersama ahli keluarga dan kita selalu mendapat ucapan slamat hari lahir dan kita membalas ucapan dengan terima kasih2... Tapi kita terlupa lagi ucapkan terima kasih pada seorang insan yang sentiasa tidak putus2 berdoa buat kita insan yang di lahirkannya.
Siapa agaknya insan teristimewa ini?



Jawapannya----------------------->IBU@UMI@MAK<---------------------------Jawapannya

Terima Kasih Mak sebab lahirkan saya... itulah kalimah cinta seorang anak yang bisa menalirkan airmata syahdu seorang ibu dan pasti terdetik dalam hati mereka..."ingat juga anakku pada diriku" meskipun tiada kata yang terkeluar dari mulut mak namun matanya sudah cukup menggambarkan bahawa mak sayang pada mu...

Jadi apabila kita sambut hari lahir spatutnya kita belikan hadiah buat mak kita sbb mak dah betarung nyawa dab bnyak bekorban utk kita. Syukran Ya Ummi kerana telah melahirkan saya ke dunia dan mengakui bahawa saya anak mak...

Ucapkan Alhamdulillah juga kerana saat kita lahir kita dapat melihat insan yang menyayangi kita tidak seperti bayi yang terbuang di tong2 sampah dan mrata2 tempat, syukuri nikmat mendapat seorang ibu atau mak atau ummi yang kita kenali dan melahirkan kita dan mahukan kita lahir ke dunia dan menyambut klahiran kita dengan rahmat dan kasih syg...Insafilah dan syukurilah terimalah walau siapa dan bagaimana pun ibu kita kerna mereka sanggup mnerima kita saat kita lahir wlau bgaimanapun rupa atau keadaan kita...

Kelahiran bermula dengan tangisan ksyukuran biarlah penghujungnya juga berseri dengan air mata kesyukuran kerna mati dalam iman...

Friday, January 14, 2011

sakitnya... sakaratul maut



"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati, kemudian hanya kepada Kami kamu dikembalikan."
Surah Al-Ankabut ayat 57

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati, Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan, dan hanya kepada Kamilah kamu akan dikembalikan."
Surah Al-Anbiya' ayat 35

Kematian bukan suatu igauan atau mimpi namun ia adalah suatu kepastian dan telah berlaku kepada manusia dan orang yang terdekat di sekeliling kita... dan suatu hari nanti akan berlaku kepada kita...sebab setiap yang hidup pasti akan mati itulah jaminan yang tiada tawaran atau ganti... lagipun kita bukanye kebal dan tak boleh mati-mati...sedangkan Nabi Muhammad kekasih Allah pun menemui ajal baginda inikan pula kita manusia yang lemah dan tiada kekuatan...


Bila sebut mati mesti teringat satu perkataan "sakaratul maut"

Bila sakaratul maut ni akan dihadapi???

jawapannya pastilah diambang kematian iaitu saat kematian mengetuk pintu dan saat malaikat izrael mencabut nyawa kita...

Sakitnya sakaratul maut... Sedangkan Rasulullah yang amat dicintai oleh Allah pun merasai keperitan sakaratulmaut iaitu saat nyawanya hendak ditarik oleh malaikat Izrael... walhal Izrael menarik nyawa Rasulullah dengan lemah lembut dan paling halus... namun sakitnya sakaratul maut yang dihadapi oleh Rasulullah sehingga malaikat tidak sanggup memandang wajah Rasulullah...bukan kerana hinanya Rasul namun kerana teramat mulianya Rasulullah dan teramat cintanya malaikat kepada baginda sehingga tidak sanggup melihat kekasih Allah mengerang kesakitan...

Namun apa yg Rasulullah kata saat nyawanya ditarik...

"Jika begini sakitnya sakaratul maut lebih baik timpakan seluruh sakaratul maut umatku keatas diriku" (InsyaAllah sabda baginda yg lengkap akan ana cari)

Lihat sayangnya Rasulullah pada umatnya sehingga tak sanggup melihat umatnya kesakitan menghadapi sakaratul maut...

Bagaimana keadaan kita nanti sewaktu sakaratu maut... tersenyum, menangis, melolong kesakitan, menjerit menahan kesakitan, terdiam seribu bahasa... wallahua'lam...

Sakitnya sakaratul maut bergantung kepada amalan kita dan cintanya Allah kepada kita namun kita hanya mampu berdoa dan meminta agar sakaratul maut kita nanti dalam keadaan yang baik dan kita dimatikan dalam khusnul khatimah...



Namun dimana kita mati, bagaimana, dengan siapa, bila semuanya menjadi rahsia Ilahi yang telah tertulis dalam kitabNya di Luh Mahfuz...

Doa agar memudahkan sakaratul maut...

"Allahumma hawwil 'alaina fi sakaratulmaut"