Thursday, July 29, 2010

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan EngkauYa Allah Yg Maha Agung



kesyukuran ku panjatkan kerna setiap nafas dan kekuatan yang bersemadi di dalam dri ini hanyalah milik Rabbku yang Mulia

Doa Rasulullah yang sentiasa baginda ulang slps solat baginda...
Ya Allah bantulah kami untuk sentiasa mengingati-Mu, mensyukuri nikmat-Mu dan mencantikkan amalanku...

sesungguhnya hidayah itu milik Allah oleh itulah kita mesti memohon kpd Allah agar kita tidak berakhir dlm kematian yang buruk iaitu dlam kekufuran kpd-Nya...
nauzubillah hi minal zalikh

Sesungguhnya Dia memberikan petunjuk kepada siapa yang dia kehendaki


Saturday, July 17, 2010

Majlis Titian Siswa-Mak Tidak Sedih





Salam mujahadah

Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak berlari di titian key pad. namun Alhamdulillah terlalu banyak tarbiyah yang ana pelajari sepanjang minggu lepas.

Antaranya ialah majlis Titian Siswa. Majlis ini bukanlah untuk ana atau untuk mahasiswa tetapi untuk pelajar tingkt5.

Majlis ini sebenarnya ialah majlis adik ana dan rakan2 seperjuangannya.
Nmaun ana tumpang bangga atas kejayaan adikku bukan kerna kejayaan yang didapatinya sebenarnya tetapi kerna cabaran, dugaan dan kesusahan yg di hadapinya.

Namun segalanya telah ditetapkan oleh Ilahi dan Dia lebih baik dan sempurna rancanganya brbanding dengan manusia yg lemah dan dhaif ini.

Cabaran yg ditempuhi oleh adikkku termasuk lah di "rengging" oleh senior nya sendiri. Namun bukanlah ana menulis di sini kerna ingin mengutuk, memarahi org yg telah merengging adik ana atau untuk memuji adik ana tetapi ingin berterima kasih kepada Allah kerna ujian daripadaNya telah melahirkan seorg anak yang sangat taat kepada ibu bapanya dan keluarga, seorang anak muda yang amat penyabar dan berakhlak mulia.

masih terimbau di ingatanku bagaimana adikku bercerita kepadaku tentang pengalamannya di "rengging". basuh baju dlln tidak perlu ana sebutkan kerna itu telah menjadi perkara rutin dalam acara buli membuli ini. namun yang ana tidak dapat lupakan ialah sewaktu adik ana di tampar oleh seniornya hanya kerana kesalahan yang kecil sahaja.
namun yang ana terharu kerna adik ana langsung tidak pernah mengadu hanya apabila ditanya barulah diberitahu. katanya semasa ditampar dia berada di luar kelas kerna di panggil oleh senior kemudian tanpa diketahui sebabnya senior tersebut terus menamparnya sehingga darah keluar dari mulutnya. namun tidak di balasnya, dia hanya mendiamkan diri dan masuk ke kelas. apabila ditegur oleh rakan yg melihat darah keluar dari mulutnya dia hanyalah mengesatnya dan menghilangkan darah tersebut tanpa ada reaksi sedih, marah geram dan sebagainya. begitulah peribadi adik ana yg amat ana sayangi. namun sewaktu dia bercerita tiada reaksi sedih atau marah pun yang ditunjukkan bahkan reaksi ceria yang ditunjukkan...

Nmaun semuanya berlaku kerna izin Ilahi. dan ada hikmah nya yang membuatkan ayah ana dan ibu ana tersenyum bangga dgan adik ana. sewaktu majlis ini berlangsung adik ana langsung tidak menyangka bahwa ayah ana akan datang ke sekolahnya. hal ini kerna ayah ana dan ibu ana tidak dapat selalu menghadirkan diri sewaktu majlis2 yg diadakan sekolah adik ana untuknya kerna masalah jarak dan masa yang telah difahami oleh adik ana.

adik ana pernah memberitahu ana bahwa senior yang me"rengging" nya dahulu di timpa musibah ( tidak berjaya dlam plajarannya dan koma di hospital kerna xcident). namun bagi sesetengah orang pasti mengatakan itu adalahsuatu hukuman dari Ilahi namun bagi ana mungkin itu suatu tarbiyah dari Ilahi. namun ana tidak pasti keaadaanya skrg. semoga dia selamat kerna ana berterima kasih kepadanya kerna telah menjadi wahana atau org yang membuatkan adik ana menjadi seorg yg sangat penyabar sekarang... Alhamdulillah doa ana utk adik ana ialah semoga dia dapat menjadi seorg syabab yang dapat mempertahankan agama dan membelanya dan dapat menjadi seorang anak yg berbakti kepada ibu dan ayanh ana dan juga kepada bangsa.

kini adik ana bercita-cita menjadi seorg engineer namun pada masa yang sama dia pandai memasak. bukan mudah nak cari anak muslimin yg pandai masak dan yg nak tlong emak di rumah utk bt kerja dapur...

semoga drimu dik akan membuatkan ayah dan ibu serta adik2, kakak dan abangmu tersenyum melihat kejayaan mu menempuhi ranjau berduri kerna hidup ini adalah suatu ujian dan akakmu ini tahu kau mampu menghadapi sgala onak dan ranjau berduri demi menggapai redha ILAHI...


Tuesday, July 6, 2010

Minggu Aluan Siswa 2010 menguji diriku

salam mujahadah dan salam dari seorang insan dhoif




Minggu Aluan Siswa 2010 atau lebih dikenali sbg MAS21 kini tinggal kenangan
namun bagi diri ini program ini banyak menguji diriku samada menguji ketahanan fizikal dan mental
program ini dianjurkan sbg suatu cara utk mendidik dan membimbing pelajar2 baru. pada kali pertama namaku tersearai sbg slah seorg ajk dan fc bagi minggu orientasi ini ku rasakan diriku tidak layak. namun kerna tanggungjawab dan amanah yg dibrikan ku laksanakan jua.
namun Alhamdulillah dan syukur kerna pelbagai ranjau cabaran dan ujian ku hadapi dan lalui.

jika ku luahkan disini pasti pedang masa kan memancungku... hehe

pertama ku bermujahadah utk menjaga pandanganku
kusedar siapalah diri ini ku tidaklah secantik saidatina khadijah dan aisya humaira namun ku tetap seorang wanita yg bergelar muslimah

ku tetap kan menjaga diriku kerna itu seruan kekasihku Allah yg satu
namun kini kutangisi kesalahan yg ku lakukan tanpa aku sedari
Ya Allah kau tuhanku yg Maha Pengampun namun kau juga yg Maha Berat Azab jika kau murka
justeru itu ku minta diri ini diampunkan

kemudian kini ku bersyukur kerna diriku dilantik ajk kebajikan sewaktu minggu mas ini kerna pabila ada sahaja pelajar baru yg sakit ku jaga dan ku ubati kelukaan dihati mereka dengan senyuman kudusku
ku bahagia pabila melihat mereka kembali sihat dan dapat meneruskan catatan harian mereka
disitulah ku jalinkan ukhuwah sesama muslimat tak kira sesama adik2 mahupun rakan2 seperjuanganku dan ukhti yg lain.
wlaupun org lain melihat diriku penat kerna terpaksa berkejaran kesana dan kemari namun hatiku puas dan Alhamdulillah fizikalku dapat mengikutinya
disinilah ku dapat lihat manisnya ukhwah pabila sahabat ku ramai yg membantu,
kami lakukan kerja dan tugas ini bukan kerna nama namun hanya kerna ingin mendapat redha dari ILAHI.