Thursday, September 30, 2010

Ayat-Ayat cinta dari Allah penenang hati

Surah al-Hadid

Ayat 22-24

22. tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

23. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

24. orang-orang Yang bakhil dan menyuruh manusia supaya berlaku bakhil, (akan mendapat balasan Yang menghina); dan sesiapa Yang berpaling (dari mematuhi hukum Allah maka padahnya tertimpa atas dirinya sendiri), kerana Sesungguhnya Allah, Dia lah Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.

Monday, September 27, 2010

Ada Apa DeNgaN CinTa




C I N T A
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sebenarnya...
pelbagai tafsiran dan pengertian yang berbait indah diberikan
namun perkataan ini sukar dimengerti...
cinta itu sebenarnya sesuatu yang indah jika tepat pada tempatnya

namun apa yang kita lihat realiti masakini cinta telah membutakan mata hati
tidak mengenal mana keindahan dan mana kesusahan, mana sampah dan mana hadiah,
yamg mana permata yang mana kaca,

jarang benar ana berbicara mengenai cinta kerna bagi ana
CINTA YANG SEJATI IALAH CINTA KEPADA PEMILIK CINTA
barulah cinta kita diterima dan dapat mengubah diri kita
ke arah yang lebih baik dalam menelusuri jalan berduri menuju syurga yang kekal abadi,

CINTAILAH ILAHI
kerna kerana Dialah kita berada didunia ini,
kerna Dialah kita dapat nikmati hidup yang indah
semuanya kerana keagungan Cinta-Nya kepada kita
yang mengangkat kita ke darjat yang lebih baik
walhal kita dahulu hanyalah setitis air mani yang hina
ibarat jika air mani itu jatuh ke tanah
ayam x catuk itik tak sudu...

begitulah betapa hinanya kita
namun pabila diberikan cinta yang sedikit dari-Nya
kita lupa hendak bersyukur, berterima kasih
dan membalas cinta tersebut semula
pelupanya kita

namun pencinta kita yang setia Allah yang Esa
Tak pernah lupa untuk memberikan cinta-Nya
kepada kita
tiap masa Dia beri kita bernafas dengan baik, makan dan minum dengan mudah
dan apa yang kita mahukan Dia berikan

Jadi Mengapa kita mencari cinta selain Cinta-Nya
Kenapa kita masih mahu mencari Cinta yang terlarang
Itulah manusia mudah terleka oleh nikmat dunia
yang sementara dan kan binasa jua akhirnya

Ketahuilah manusia
Cinta ILAHI amat meluas dan tiada sempadan
Dia memberikan Cinta-Nya kepada semua manusia
tak kira samaada
dia miskin atau kaya, hina atau mulia
besar atau kecil, Islam atau kafir
buta atau celik, cacat atau sempurna

Semuanya mendapat Cinta dan kasih sayang-Nya
Alangkah baiknya Dia
Mengapa manusia masih mahu mencari cinta manusia
yang akan musnah bila2 masa
Carilah cinta-Nya pasti cinta manusia yang mencintai-Nya kau kan temui

Indah nya cinta jika ia untuk Allah yang Maha Pencinta dan Penyayang (Allah Al-Wadud)

Tuesday, September 7, 2010

Ramadhan mula melangkah pergi


Hari ini smua shbt sekuliah dan sekolej dilanda demam raya...

namun dlm keseronokan itu ingatlah bahwa ramadhan al-kareem mula berlari meninggalkan kita.
tanpa kita sedari syawal sedang menunggu titah tuhan-Nya utk bertukar tempat dengan Ramadhan...

smoga ramadhan kita x sia2 dan kita mendapat sjil ketakwaan yg dicari wlaupun x full marks tp yg penting kita dikasihi oleh Rabb kita...Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
dalam bergembira jgn lupa mhon ampunan pd Yg Esa dan bersyukur atas nikmat-Nya kerna tanpa nikmat dan belas ihsan-Nya mana mungkin kita bisa mghadapi Ramadhan ini...

-AIDIL AID SAIDAN-
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Monday, September 6, 2010

Madah Seorang Sahabat


Sahabatku
dahulu kita bersama
segala suka dan duka kita kongsi bersama
namun sahabat
maafkanlah driku ini yg lemah dan dhaif
mgkin teguran ku terlalu hina buatmu
sehingga kau guriskan kembali hatiku



sahabat
dulu
terkadang kau curahkan
isi hatimu kpd driku
aku bahagia pada masa itu
kerna ku bisa mgubati luka hatimu


sahabat
namun
tika hari itu
hatiku mula menjauh dari hatimu
kerna ku sangka akulah yg bersalah
akulah yg salah sangka padamu
dan ku fkir kau kan lbih bahgia tnpa driku disismu
dan mungkin juga hati kita tidak ditakdirkan bersatu
dalam jalan redha ILAHI
sahabat
bukan kehilanganmu yg aku takuti tetapi
kutakuti kau kehilangan cinta Tuhanmu
namun tika itu ku fkir
mungkin kau punya jalanmu sendiri
dlm menggapai redha Ilahi.

sahabatku
kadang aku termangu sendiri
kenapa jln dunia
dan kehidupan dunia yg semntara ini
yg kau pauti dan lalui
kau tahu sahabatku bahwa jln dunia ini hnyalah semntara
dan penghujungnya adalah akhirat

sahabat
ketahuilah
teguranku hnya kerna aku menyayangimu
nmun apa dayaku andai
kau buangku dari diari hatimu

sahabat
aku kan tetap mencuba dan mencuncuba
dan ku harap Ilahi menunntunmu
menemui jln yg dulu kau tinggalkan
Islam yg sebenar...

sahabat
aku redha jika
risiko itu yg terpaksa aku pikul
demi memenangi hatimu
dan mencorak mu ke jalan bahgia
al-Jannah yg kekal abadi selamanya


Ikatan antara Hati itulah ukhwah fillah


Manisnya ukhwah atau juga disebut persaudaraan tidak dapat dirasai sehinggalah kita berada dalam lingkungan ukhwah tersebut...
ranjau duri dan ujian didunia pasti tidak dapat dilalui nadai tiada saudara seakidah yg akan membantu kita bangun andai kita terjatuh di pertengahan jalan-Nya, mengingati kita andai kita terlupa tentang-Nya, serta menyayangi kita kerana-Nya.


Ukhwah tidak akan dapat dipatri jika tiada rasa kasih dan sayang kepada Allah. hal ini dapat di kiaskan kpd suatu cerita:-

Seseorang yg mempunyai segala nikmat dunia seperti kecerdikan, ketampanan, kekayaan harta benda namun hidupnya sunyi lalu ingin mendekati seseorang yg amat pendiam di kelasnya untuk dijadikan teman yg akan berada di sampingnya bagi memecah kesunyian dan untuk menjadi saudara sehati. namun hingga tamat zaman persekolahan dia tetap tidak berjaya dalam misinya dan hbungan mereka tetap tidak seakrab sepert yg diharap.

Jadi dapat disimpulkan dari cerita diatas bahwa ukhwah ialah ikatan antara hati dan hanya Allah shjlah yg berkuasa memercikkan rasa kasih dan sayang dan menyatukan hati yg di kehendaki-Nya. jadi bersyukurlah kita kerna dikurniakan ukhwah yg tidak tahu dimana bermula yg tiada pangkal dan penghujungnya... biarlah disyurga menjadi penyatuan semula hati2 insan yg berukhwah fillah. benarlah seperti firman Allah:-

Ali-Imran 103 :-
Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah,
dan janganlah kamu bercerai berai,
dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu jadilah kamu kerana nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara;
dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.

Namun dalam memelihara serta menyemai ukhwah serta yg mengakui ukhwahnya adalah ukhwah fillah terdapat hak2 yg perlu kita sempurnakan atau berusaha untuk melakukannya iaitu:-

1- ucapkan salam apabila bersua

2- penuhi undangannya apbila diundang

3-memberi nasihat apabila dipinta

4-mendoakannya ketika dia bersin

5- ziarahinya ketika sakit

6-iringi jenazahnya apabila ajal menjemputnya

7- menolongnya apabila dia dlm kesusahan wlaupun tidak dipinta pertolongan tersebut

8- menutup keaibannya kerna jika kita menutup aib saudara kita dihadapan klompok yg kecil Allah akn menutup aib kita dihadapan khalayak yg lbih rmai...

ukhwah itu bak ikatan tasbih yg akan sentiasa terikat erat dengan tali akidah sebagai pengikatnya dan untaian tasbih itu tidakkan pernah putus hingga ada tangan2 yg memutuskannya atau hinggalah tiba waktunya.

Wallahua'lam