Monday, December 12, 2011

Mengenali Keperibadian Imam Syafie


Salam Mujahadah dan salam perjuangan, syukur Alhamdulillah atas nikmat yg paling besar dalam hidup kita iaitu nikmat iman dan Islam yang tiada galang gantinya... Nukilan kali ini berkisar mengenai perjalanan hidup seorang insan yang mulia yang bernama Imam Syafie, indah namanya namun sifat dan peribadinya serta kesungguhan beliau mencari dan menyebarkan ilmu lebih indah dan mempesonakan, selama ini ramai dari kita hanya tahu bahawa kita mengikut Mazhab Syafie dalam pengamalan ibadah dan hukum2 fiqah namun siapa pengasasnya? bagaimana peribadinya? kurang diketahui? kebanyakan dari kita hanya kenal nama sahaja tapi tidak mengenali secara jelas siapa orangnya, kata kiasan tak kenal maka tak cinta, jadi jom kita sama2 kenali tokoh ini dan menjadikannya antara idola ikutan dan mengikuti mazhabnya dengan kefahaman yg sebenar seterusnya menyuburkan rasa cinta yang teragung pada Allah SWT sebagai pencipta dan Yang Maha Bijaksana dan cinta kita kepada Nabi Muhammad SAW sebagai utusan Allah dan penyampai Islam dan kebenaran di muka bumi ini. Tanpa Nabi Muhammad pasti tidak akan wujud ulamak2 unggul pada masa kini...

********************************************************************************


Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw. Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

NOTE: ( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiyah rohani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasawuf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk makluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid mempunyai mursyid dlm ilmu tarbiyah rohani.

Mursyid, Imam Abu Hanifah ialah Imam Jaafar Shodiq. Mursyid Imam Malik pula ialah Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat-empat mazhab mempunyai mursyid dan guru mereka yang khusus dalam tasawuf...)

Antara pujian atau pandangan ulamak-ulamak lain kepada Imam Syafie ialah:

Imam Malik bekas gurunya pernah berkata:

“Tidak ada lagi keturunan Quraisy yang lebih pandai daripada Imam Syafie”

Imam Ahmad Bin Hambal berkata:

“Wahai anakku, Imam Syafie itu seperti matahari bagi dunia dan seperti kesihatan bagi tubuh.”

Beliau juga berkata:

“Saya belum faham mengenai ilmu hadis kecuali selepas belajar dengan Imam Syafie”.

Kata Imam Ahmad lagi:

“setiap ahli hadis yang memegang tinta adalah terhutang budi kepada Imam Syafie”

Imam Muhammad al-Hakam berkata:

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui, cerdik akalnya,lebih cerdas fikirannya, lebih cermat amalannya,lebih fasih lidahnya daripada Imam Syafie”.

Beliau berkata lagi:

“Saya belum berjumpa seorang yang lebih mengetahui berkenaan usul Fiqah selain dari Imam Syafie”

Menyelusuri perjalanan hidup dan proses pembelajaran Imam Syafie amat menarik sekali. Ayah beliau meninggal sewaktu Imam Syafie masih kecil, ada riwayat yang mengatakan sewaktu beliau masih dalam kandungan ibunya lagi. Gurunya yang pertama secara tidak formal ialah ibunya sendiri. Ibunya mengajar beliau mengenal huruf dan mengaji al-Quran. Setelah berumur 9 tahun beliau sudah dapat menghafal Al-Quran.

Bila ibunya membawa Imam Syafie untuk berguru dengan Imam Ismail Kustantani, seorang guru ilmu Al-Quran yang terkenal waktu itu, Imam Ismail pada mulanya menolak kerana Imam Syafie baru berusia 9 tahun sedangkan dia hanya menerima orang menjadi muridnya setelah berumur 12 tahun. Namun setelah dia menguji hafalan dan ingatan Imam Syafie tentang Al-Quraan, beliau amat tertarik dengan daya ingatan dan suara Imam Syafie yang merdu lalu terus mengambil Imam Syafie menjadi muridnya. Apabila Imam Ismail mempunyai urusan lain, Imam Syafie pula disuruh menggantikan tempatnya mengajar disitu.

Imam Syafie juga amat meminati syair dan puisi, beliau pernah berguru dengan Mas’ab bin Zubair seorang penyair terkenal. Dalam masa 3 bulan saja, Imam syafie mampu menghafal 10,000 rangkap syair kaum Bani Huzail. Pernah suatu kali Imam Syafie memasuki pertandingan syair atas desakan kawan-kawannya, lalu mengalahkan pula gurunya iaitu Mas'ab.

Imam Syafie berguru pula dengan Imam Sufian Ainiah dalam ilmu hadis sehingga menjadi pakar dalam bidang hadis dan diberi kepercayaan oleh gurunya untuk mengajar menggantikannya sewaktu ketiadaannya.

Selepas itu Imam Syafie berguru pula dengan Imam Muslim al-Zanji dalam bidang Feqah pula. Akhirnya dia diakui oleh gurunya dan dibenarkan mengajar serta memberikan fatwa pula. Namun Imam Syafie masih merasakan kurang ilmunya lalu dalam diam beliau mula membaca dan menghafal Kitab Muwatta’ yang dikarang oleh Imam Malik bin Anas pula.

Imam Syafie juga pernah belajar ilmu peperangan dan bermain senjata dengan gurunya iaitu Amiruddin, seorang bekas tentera. Selepas itu Imam Syafie terkenal sebagai seorang pemanah yang handal.

Imam Syafie pernah mengembara ke Madinah yang mengambil masa selama 8 hari dengan menaiki unta sambil sempat mengkhatamkan Al-Quran sebanyak 16 kali untuk menemui dan berguru dengan Imam Malik yang ketika itu menjawat jawatan Mufti Kota Madinah. Walaupun pada awalnya Imam Malik berat hati ingin menerima Imam Syafie menjadi anak muruidnya namun melihat kesungguhan Imam Syafie dalam menuntut ilmu sehingga telah menghafal kitab muwatta’ sebelum berguru dengannya maka Imam Malik menerimanaya sebagai anak murid dan Imam Syafie belajar dari Imam Malik selama 8 bulan.

Selepas itu Imam Syafie merantau pula ke Iraq untuk belajar dengan anak murid Imam Abu Hanifah iaitu Imam Muhamad al-Hassan dan Imam Abu Yusof. Beliau telah menghafal Kitab al-Awsat karangan Imam Abu Hanifah dalam masa 3 hari saja dan hal ini telah mengejutkan kedua orang gurunya itu kerana pada kebiasaannya murid-murid mereka yang lain mengambil masa paling kurang 1 tahun untuk menghafalnya.

Imam Syafie juga mempelajari ilmu firasat dengan Maulana Arif di Yaman. Di Yaman juga beliau telah berkahwin dengan wanita bernama Hamidah dari keturunan Khalifah Uthman Bin Affan. Mereka dikurniakan 3 orang anak.

Semasa di Najran, Imam Syafie difitnah oleh Gabenor as-Saud iaitu Gabenor Najran kononnya Imam Syafie sedang menghasut rakyat untuk memusuhi dan menjatuhi kerajaan Bani Abbasiyah yang diperintah oleh Khalifah Harun ar-Rashid. Akibat dari fitnah tersebut Imam Syafie dan anak muridnya telah ditangkap, tangan dan kaki mereka dirantai .Mereka juga dipaksa berjalan kaki dari Najran ke Kota Kufah.

Walau bagaimanapun dengan izin Allah swt Imam Syafie terlepas dari hukuman oleh Khalifah dan orang yang memfitnah mendapat hukuman yang setimpal. Diantara ayat Al-Quran yang dibacakan oleh Imam Syafie, yang membuatkan hati dan jiwa raga Khalifah Harun ar-Rashid terpesona ialah Firman ALLAH SWT dari Surah al-Hujurat, ayat 6 yang bermaksud :

“Hai orang yang beriman, sekiranya datang kepadamu orang fasiq yang membawa suatu berita,periksalah dengan teliti supaya kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu”

Itulah diantara liku-liku perjalanan yang ditempuh oleh Imam Syafie dalam menuntut ilmu. Banyak lagi guru dan tempat beliau belajar yang tidak dinyatakan disini. Beliau sangat menyintai ilmu. Pernah suatu masa Imam Malik memuji beliau dengan berkata :

“Sekiranya ada orang yang bahagia kerana ilmunya, inilah orangnya!”

sambil merujuk kepada Imam Syafie. Berkaitan dengan kegunaan ilmu pula Imam Syafie pernah berkata:

“Sesiapa yang mempelajari al-Quran, besar harga dirinya. Siapa yang mempelajari hadis, tinggi martabatnya. Siapa yang mempelajari bahasa,lembut hatinya. Siapa yang mempelajari ilmu hisab, tajam pandangannya dan siapa yang tidak memelihara dirinya, tidak bererti ilmunya”.

Oleh kerana kecintaan beliau yang begitu mendalam terhadap ilmu, jadi tidak hairanlah jika Imam Syafie telah menulis 142 buah kitab semasa hayatnya.

Imam Syafie meninggal dunia selepas waktu isyak, malam jumaat 28 Rejab tahun 204 Hijrah (tahun 820 M) di rumah Abdullah bin Hakam sewaktu berumur 54 tahun di bumi Mesir. Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Bani Zaharah.

Semasa Abu Ali al-Hasan menjadi perdana menteri Iraq, beliau telah mengarahkan ketua tentera Mesir Badr bin Abdullah menggali dan memindahkan kubur Imam Syafie ke Baghdad. Setelah digali mereka menemui batu bata yang tersusun membentengi liang lahad Imam Syafie. Selepas mereka memecahkan batu-bata itu, mereka amat terkejut kerana tercium bau yang sangat harum dari dalam liang lahad itu malah ada beberapa orang dari mereka yang pengsan. Bila perkara ini diketahui oleh perdana menteri Iraq itu, maka beliau pun membatalkan terus usaha memindahkan kubur itu. Pada tahun 608 Hijrah, sebuah Kubah telah dibina .Tidak lama kemudian sebuah masjid didirikan disitu dengan nama Masjid Imam Syafie. Makam Ulama hebat ini terus dikunjungi orang ramai hingga kini.

Antara kata-kata menarik Imam Syafie:

1.Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat. Ia juga amalan para Nabi, Rasul dan orang soleh.

2.Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu hindari ia supaya kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.

3.Hati adalah Raja dalam diri. Oleh itu, lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebathilan.

[Artikel diatas ana sunting dari buku : Imam Syafie Pejuang Kebenaran; ditulis oleh Abdul latip Talib]


Dibawah ini saya siarkan 10 pesanan Imam Syafie untuk renungan kita bersama :

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. Hak kepada diri, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. Hak kepada Malaikat maut, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir, iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. Hak kepada Mizan, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada titian sirat, iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. Hak kepada Malaikat Malik, iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. Hak kepada Malaikat Ridwan, penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. Hak kepada Rasulullah s.a.w., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. Hak kepada ALLAH, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan.

Antara Petua-Petua dari Imam Syafie

4 PERKARA UNTUK SIHAT
Empat perkara menguatkan badan
1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata
1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Akhir kalam renugi dan fahami hadis yang berbunyi seperti berikut:

Bahawasanya Rasulallah SAW bersabda semasa detik2 terakhir hayat baginda, yang bermaksud:-

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-MU kepada hamba-hamba-MU."

~ Antara isi khutbah terakhir Rasullah s.a.w.

Friday, December 9, 2011

Islam is Fun, Dakwah Kreatif

Salam mujahadah dan salam perjuangan, sudah lama juga blog ini sepi tanpa sebrang coretan, hari ni terdetik utk post sesuatu wlaupun bukan hsil tulisan sndri... =)

Ini Hikayat Chenta Agung

[Nota 1: Artikel ini sumpah tidak sesuai untuk bacaan anda yang berumur 19 tahun ke bawah. Jangan bilang saya tidak memberi amaran!

Nota 2: Untuk artikel ini, saya akan menggantikan kata ganti nama diri yang pertama 'saya' kepada 'aku.' Jangan banyak tanya kenapa sekian.]

Buat kekasih hatiku, D.

D, kau ingat tak saat dan detik pertama kita bertemu? Aku kenal kau sejak di bangku sekolah lagi. Kau ingat tak D...?

Ketika itu kau masih malu-malu lagi dengan aku. Kau hanya melihat aku dari jauh. Sekali-sekala kau tegur aku. Jarang-jarang kau berani untuk menyapa aku. Ketika itu aku sudah mula suka padamu. Aku cuba untuk memahami dirimu. Aku cuba untuk mendekatimu. Tapi ah! Aku masih kebudak-budakan ketika itu D! Aku tidak faham apa yang kau nak daripada diriku ini! Aku bermain-main dengan perhatian yang kau berikan.

Tapi kau hebat. Kau tidak marah pada aku. Kau tidak berputus-asa dengan aku. Malah tidak pernah terdetik pada hati kau untuk pergi meninggalkan aku. Walaupun aku tidak pernah beri perhatian serius pada kau ketika itu, tetapi kau tidak pernah kisah. Kau memang kekasih sejati, D.

Kemudian habis sekolah menengah, aku ke kolej persediaan pula. Kau masih nak ekori aku D. Aku pun tak faham kenapa. Di tahun pertama, hubungan kita tampaknya semakin rapat. Aku sudah mula berani untuk mendekati kau. Kau pun apa kurangnya, memberi respon yang boleh tahan menggembirakan aku. Malah rakan-rakan di sekeliling juga tumpang gembira, memberi galakan untuk aku mendekati kau D. Ah betapa bahagianya aku ketika itu! Hubungan kita direstui oleh sahabat-sahabat rapatku!

Tetapi masuk tahun kedua, entah mengapa. Aku sudah mula rimas. Datang pula orang ketiga, yang menjarakkan hubungan kita. Masa, tenaga dan perasaan aku banyak curahkan dan habiskan untuknya. Aku semakin jauh daripada kau D. Dan kau juga, seperti merajuk dan memahami, juga mula menjauhkan diri kau daripada aku. Ah sehingga kini sekali pun, setiap kali aku memikirkannya, aku terasa begitu malu D. Bergenang air mata aku setiap kali memori itu melintas di kepalaku. Tergamak aku melakukannya kepadamu D!

Malah di satu ketika, aku merasakan aku begitu jauh daripada dirimu D. Aku lupa terus pada dirimu. Seolah-olah kita tidak pernah punya hubungan sebelum ini. Sepertinya aku tidak pernah mengenali dirimu. Dan aku terus hanyut dibuai asmara. Aku terus larut di dalam dosa dan noda. Dan kau makin menjauhkan diri daripada aku.

D, sehingga ke hari ini, setiap kali ingatan itu datang menghantui diri, aku merasa begitu sesal sekali. Wahai, seandainya kau mengenali diri ini D, sudah tentu kau tahu yang betapa aku mahu sekali kembali ke masa itu; menebus kembali kesilapan yang telah aku lakukan pada dirimu D. Dan aku tahu yang kau tahu.

Mujurlah kau masih tidak mahu berputus-asa dengan diriku. Ya, entah mengapa, aku juga pelik dan hairan dengannya. Setiap kali aku berfikir tentangnya, aku begitu bersyukur. Sementelah segala apa yang telah aku lakukan pada dirimu D, kau tidak pernah mengalah. Kau tidak pernah erti apa itu lelah.

Setelah apa yang terjadi, aku membawa diriku ke Kota London. Di sana, aku diberi peluang sekali lagi untuk memperbaiki hubungan kita D. Di sana, baharulah aku benar-benar berpeluang untuk mengenali dirimu dengan lebih mendalam.

Pada mulanya, aku buat tak endah sahaja. Ya, kau datang beberapa kali mengetuk pintuku. Kau berusaha untuk memikat hatiku. Ketika itu aku cuba-cuba juga untuk melarikan diri daripada kau D. Yalah, setelah apa yang aku perbuat pada kau di kolej dahulu, aku berasa begitu malu untuk berhadapan dengan kau. Aku merasakan diriku tidak layak untuk mendambakan cintamu.

Namun kau terus berusaha. Putus-asa tidak pernah termaktub di dalam usahamu memikat diriku. Semakin aku cuba lari daripada kau, semakin itu juga kau kuat datang kepadaku. Wah D, boleh buat hipotesis kan hubungan kita ketika itu..? Hahaha.. Kau tidak pernah bosan dengan diriku ini ya D?

Ya, aku mengaku, keinginan dalaman diriku untuk merawat kembali hati yang terluka juga menjadi penyebab mengapa aku akhirnya jatuh ke dalam dakapanmu. Sokongan, galakan dan nasihat yang diberikan oleh rakan-rakan juga menjadikan hubungan kita bertambah erat, semakin istimewa.

Di tahun satu, kau masih gagal untuk menambat hatiku. Ada masa-masanya aku berpura-pura seolah-olah aku sudah jati hati pada kau D. Tetapi hakikatnya, hati aku masih belum benar-benar cair dengan godaaan kau. Hati aku masih tertaut kuat dengan memori-memori jahiliyyah aku yang lampau.

Tetapi kau akhirnya berjaya di tahun kedua. Berkat kesabaran dan kesungguhan kau, aku akhirnya terjelepok di kaki kau D. Entah jampi serapah apa yang kau pakai, aku akhirnya akur, tunduk di bawah telunjuk kau..!

Pada mulanya aku memberontak juga. Aku merasakan diriku terkongkong dengan pujukan dan desakan kau. Aku keliru mengapa kau begitu bersungguh-sungguh mahu aku mendampingi dirimu. Tetapi lama-kelamaan, aku sudah mula faham dengan kehendakmu. Aku sudah boleh mengerti mengapa kau beriya-iya menggoda dan memujukku.

Dah ah, akhirnya aku terpikat! Akhirnya aku terjerat! Panahan cintamu cukup membara dan mendalam D! Aku tak boleh lari!

Dan melalui pelbagai program dan aktiviti yang mempertemukan kita bersama, aku semakin rapat denganmu. Aku semakin mahu mengenali dirimu dengan lebih serius lagi. Tapi kau bijak D, kau main tarik tali dengan aku ya..? Kau mahu balas dendam agaknya?

Kini giliran aku pula mengejari dirimu. Dan kau buat malu-malu kucheng pula ya..? Tapi aku tidak berputus-asa. Aku tidak mengalah D! Walau berbagai-bagai cabaran yang datang dalam bermaca rupa, yang cuba menghalang hubungan kita, aku tekad! Aku berazam! kau pasti menjadi milikku!

Dan berkat kesabaran, kecekalan dan kesungguhan aku, akhirnya usaha suci ku ini berbalas. Tidaklah aku terasa seperti "Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!" Alangkah indahnya D, di saat aku mendakap erat dirimu. Alangkah segarnya jiwaku di saat aku dapat merangkul mesra kasih sayang ini. Dan yang lebih menggugar jiwa ragaku, adalah apabila kau tersenyum mesra, menyambut dengan penuh kasih-sayang diriku ini! Wahai!

Dan kerana kau D, makanku tak kenyang, tidurku tak lena dan kadang-kadang bukan setakat mandiku tak basah, nak mandi pun aku tidak berkesempatan! Semuanya semata-mata kerana mahu bersama dirimu setiap masa. Hebat sungguh penanganmu D! Tapi demi dirimu, lautan api sanggup aku renangi, gunung tinggi sanggup aku daki dan apa-apa sahaja cabaran sanggup aku harungi.. Semuanya kerana kau D! Semuanya kerana tidak mahu ketinggalan olehmu D! Kau tahu...??

Alhamdulillah, sehingga kini kita masih berhubungan mesra. Ya, aku tahu, kadang-kadang kita bertelagah juga. Bukan sedikit kita bercakaran. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan seperti kita ini, kan D? Bak kata omputih, hubungan cinta-benci! Tapi aku tahu, inikan bukan alasan untuk aku memutuskan perhubungan ini. Aku tahu, memutuskan hubungan ini beerti aku sudah berputus-asa dengan dirimu.

Semenjak aku mula rapat denganmu, mula serius dan bersungguh dengan perhubungan ini, sudah banyak perubahan baik yang aku dapati pada diriku D. Lebih tersusun urusanku, aku lebih bijak membahagi masa, aku menjadi lebih penyabar, aku tidak lagi kedekut seperti dahulu... Dan macam-macam lagi sifat terpuji yang tersemai dalam diriku, semuanya kerana pergaulan aku denganmu. Terima kasih D!

Aku berjanji pada diriku, sehingga hayat dikandung badan, aku akan terus setia bersamamu D. Tatkala Izrail datang mencabut nyawaku nanti, aku berharap ketika itu seluruh hati dan jiwa ragaku masih setia dan kasih pada dirimu. Dan aku juga berharap, kau tidak akan lari pergi meninggalkan aku. Aku sedar, kau berhak mendapatkan seseorang yang jauh lebih baik daripada diriku. Begitu banyak dosa dan kesalahan yang telah aku lakukan pada dirimu. Bukan sedikit aku mengecewakanmu. Maafkan aku D, maafkan aku.... Jangan sesekali pergi meninggalkan aku..!


Aku meraba-raba, mencari-cari cintamu, D, padahal kau selama ini berada di depan mata! [Kredit]

Kini aku faham dan sedar D, selama ini kau tidak pernah mengejarku. Kau tidak pernah memerlukan aku, walau sesaat cuma. Selama ini, aku yang mendambakan cintamu. Akulah yang memerlukanmu D. Terima kasih D, kerana sudi menerima diriku yang seadanya...

D, izinkan aku untuk membuat pengakuan ikhlas lagi tulus. Kau sudah bersedia untuk mendengarnya..?

Aku sudah jatuh chenta padamu, D-akwah...! Sepenuh dan sesungguh hati! Sumpah..! Semoga Allah merestui perhubungan ini!

Coretan ini hasil tulisan seorg ikhwah, link http://angelwearsgucci.blogspot.com/

Islam itu amat indah jika kita memahaminya dan Islam is the way of live... jom sama2 kita sumbagkan sesuatu kpd Islam tanda cinta kita kekasih kita, ALLAH SWT...

Saturday, October 15, 2011

Wanita-Kerana dirimu begitu berharga


Salam mujahadah dan salam perjuangan buat semua insan... Salam sayang juga ana tujukan khusus buat yang bergelar wanita....

Wanita sesungguhnya dirimu begitu berharga jadi hargailah dirimu itu. Dahulunya semasa zaman jahiliyyah maruah wanita lebih hina daripada sampah di jalanan, dibunuh, ditanam hidup2, diseksa sesuka hati, dijual beli, dan diperlakukan sesuka hati mengikut hawa nafsu binatang...

Namun itu dahulu tika cahaya ISLAM belum memancar di bumi Makkah Al-Mukarramah, itu dulu tika belum hadirnya pembela2 wanita seperti Rasulullah SAW, Umar al-Khatab, Abu Bakar As-Siddiq, Usman bin Affan, Ali bin Abu Thalib, Zubair, Abd Rahman Auf, dan bayak lagi pemuda2 pelindung kaum wanita...

Namun hakikatnya yang melindungi dan menjaga kaum Hawa ialah ALLAH SWT, Dialah Pencinta kita yang sentiasa sedia menjaga kita, namun penjagaannya pastilah akan lebih ketat jika wanita itu sendiri ingin menjaga dirinya...

Oleh sebab itulah tercatat pelbagai ayat tentang an-Nisa' didalam Nota Cinta dari Allah SWT iaitu Al-Quran...
antara ayat-ayatnya ialah.......





Allah menyuruhmu menutup auratmu bukan hendak menyeksa drimu tetapi untuk melindungi drimu dan memeliharanya...

Jika kita lihat pada masa kini sesuatu barang yang berharga dan di sayangi pasti dibaluti dan dijaga dengan penuh teliti, ditutupi dengan kain atau kertas yang indah dan cantik... seperti contoh dikedai jam, jam yang diletakkan diluar tidak sama harganya dengan jam yang diletakkan didalam bekas berkaca dan bercermin, diletakkan dalam bekas khas dan cantik...

Jika diberikan pilihan pasti jam yang ditempat berkaca yang menjadi pilihan kita, harganya terlalu mahal, tinggi mutunya dan berkualiti tinggi...

jadi wahai wanita pilihlah anda ingin menjadi seperti jam yg diluar yg dipegang2 kemudian dibiarkan sahaja tanpa ada sesiapa punyang sudi membelinya jika ada pun mereka membelinya kerana harganya yang murah,

adakah itu pilihanmu atau kau memilih untuk menjadi seperti jam yang dijaga, diletakkan ditempat berkaca, yang hanya dapat dilihat dari jauh namun hanya berhak iaitu tuan punyanya sahaja yang mampu memegangnya, dan jika ada sesiapa yang hendak membelinya pasti jam itu terus dibeli tanpa ragu-ragu jika ada keraguanpun bukan kerana kualiti atau mutunya namun mungkin kerana harganya yang mahal... itulah ibaratnya seorang wanita yang bergelar Muslimah............

Buatlah pilihan ditanganmu sekarang, samada anda ingin menjadi wanita biasa yg tiada penjagaan atau ingin menjadi seorang Muslimah, jika pilihanmu ialah untuk menjadi seorang muslimah maka bergeraklah dikau kearahnya........

Tutupilah dan jagailah auratmu kerana dirimu begitu berharga...

salam sayang dari seorang insan yang ingin menjadi Muslimah....

Saturday, October 8, 2011

Sentiasalah bersyukur kpd Sang Pencipta (ALLAH)

Salam mujahadah dan salam perjuangan, dgn izin-Nya jari jemari yg kaku ini masih lagi dapat mencoret sesuatu...

Tika ana sedang bersarapan di hdpan lptop, terdetik di minda ana utk melihat keadaan saudara Islam kita di Somalia...

Akhirnya ana menemui laman web ini http://my.news.yahoo.com/photos/somali

Terhenti seketika ana dari menjamah sarapan pagi tatkala melihat gambar2 ini...
Apakah perkataan pertama yang muncul di minda anda tika melihat gambar di atas ini... bagai padang jarak padang tekukur... tika negara kita di penuhi oleh bangunan pencakar langit yg serba canggih namun mereka negara mereka dipenuhi oleh padang yg kering kontang, berdebu dan hanya dipenuhi khemah2 perlarian... siapa yg hendak kita tuding jari mereka, pengganas, penentang, kerajaan atau kita... hakikatnya tuding jari tidak akan menyelesaikan masalah namun penyelesaian kpd masalah inilah yg patutnya difikirkan agar negara kita tidak menjadi mangsa ketidak syukuran kita akan nikmat yg kita ada skrg... bersyukurlah



Rumah.... Adakah rumah kita begini...??? rumah mereka dibuat dari kayu dan ranting2 kayu dan ditutupi oleh kain... ini rumah atau khemah... ada sesetengah daripada mereka sudah tinggal di sini selama 20 thn semenjak peperangan dan kemusnahan berlaku, namun mereka masih mampu bersyukur kerana masih ada tempat utk berteduh semntara sesetengah dari kita sering mengeluh dan masih mengatakan rumah kita tak selesa, sempit, kcil, tak cantik dan mcm lagi... bersyukurlah...


Tangisan si anak kecil di sebuah hospital di International Rescue Committee, IRC, in Dadaab, Kenya... Anak kecil ini bagai mengerti apa yg di alami oleh negaranya dan tanah tumpah darahnya... sanggupkah kita melihat anak kita nanti mengalami nasib yg sama...tangisan penuh 1001 coretan rahsia duka...


Seorang ibu (wanita somalia) dari selatan somalia memegang anaknya yg kekurangan gizi atau zat di kem pelarian di Mogadishu, Somalia... Siapa yang tahu kedukaan di hati si ibu melihat anak yg di kandungi 9 bln menderita... tiada kata yg dapat menggambarkannya hanya Allah yg lbih tahu apa yg ditanggung, berat mata memandang berat lagi bahu yg memikulnya...


Seorang gadis semasa World Food Programme (WEP) di pusat pengagihan makanan di Mogadishu, 4 Ogos 2011

Mahukah kita melihat anak cucu kita begini, berlari terkejar2 demi untuk mendapatkan sesuap nasi, jadi bersyukurlah dari sekarang dan sentiasa ingat kpd Yg Maha Pemberi...



Hassan Abdulkadir Adan, left, and Moktar Hassan Garad, right, from southern Somalia carry their dead 7 and 5 year-old boys from a local hospital in Mogadishu, for burial Tuesday, Aug. 16 2011.

Somali men from southern Somalia offer funeral prayers for a dead child in Mogadishu, Somalia, Saturday, Sept. 10, 2011

A Somali man from southern Somalia lowers the body of a dead child in the grave in Mogadishu, Somalia, Saturday, Sept. 10, 2011


A Somali father from southern Somalia lowers the body of his dead child in the grave in Mogadishu, Somalia, Tuesday, Sept. 20; 2011.

-Jika diamati kita dapat perhatikan di wajah si ayah yg telah kematian anak-anak mereka spt sudah tidak ada setitis pun air mata kedukaan atau tanda bersedih dan berduka... wajah mereka seperti meredhai pemergian anak-anak mereka... Tapi mengapa si ayah se redha dan setenang spt diatas... jawapannya ialah.....................

Ayah mana yg sanggup melihat anaknya sebegini, hidup seperti mayat hidup... melihat si anak sahaja sudah menimbulkan 1001 kesedihan dan kedukaan di hati si ayah hingga terdetik kata2 spt "lebih baik anakku pergi menghadap-Nya daripada terus menderita sebegini rupa"


Severely malnourished child from southern Somalia seen in a makeshift shelter in a refugee camp in Mogadishu, Somalia, Tuesday, Sept. 20, 2011

Sakitnya anak ini hanya dia dan Penciptanya sahajalah yg mengetahui... bagaimana jika kita atau anak kita di tempatnya, masih mampukah kita bernafas dlm kesengsaraan ini...


A Malnourished child sits in Babadir hospital in Mogadishu, Somalia, Saturday, Sept. 10, 2011


Severely malnourished child from southern Somalia is held in makeshift shelter in a refugee camp in Mogadishu, Somalia, Tuesday, Sept. 20, 2011


Bayi atau Kanak-kanak yg berbeza tapi penyakitnya adalah sama kekurangan gizi atau zat... alangkah deritanya mereka... anak kecil yg baru hendak mengerti apa itu dunia terpaksa menanggung penderitaan akibat dunia yg telah rosak... namun lihatlah pula di negara kita ada yg meninggal dunia akibat terlebih makan mknanan yg tak berzat... bersyukurlah sebelum terlambat......



Wajah2 harapan ini memerlukan kita untuk meneruskan hidup mereka, andai kita mampu untuk menghulurkan bantuan segeralah menghulurkannya selagi kita masih bernyawa andai tidak, dukungilah harapan mereka dengan doa kpd Yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa, ALLAHURABBI...