Thursday, June 24, 2010

Generasi Rabbani suatu impian bukan angan-angan

Generasi/Mahasiswa Rabbani

Rabbani dinisbahkan kepada RABB iaitu ketuhanan

Mahasiswa rabbani iailah mahasiswa yg rapat dengan tuhan mereka iaitu Allah.

Mereka melakukan sesuatu pekerjaan hanyalah kerana Allah dan konsep ehsan sentiasa diterapkan dlm diri mereka. Mereka melakukan sesuatu perkara, ibadah, belajar dan aktiviti harian seolah-olah mereka melihat Allah. Namun manusia akhir zaman ialah hamba yg amat lemah kerana penyakit wahn (cintakan dunia dan takutkan mati) yg bersarang di jiwa. Jadi itulah penyebab utama mengapa seorang muslim hari ini tidak dapat melakukan ibadah seolah-olah mereka melihat Allah dihadapan mereka sebagaimana para anbia’, tabiin dan tabi’-tabiin terdahulu yg melakukan ibadah sebagaimana merasakan Allah berada dihadapan mereka dan sedang memerhatikan mereka. Itulah lemah dan hinanya kita. Namun mesti diingat wlaupun kita tidak dapat beribadah seperti melihat Allah tetapi INGATLAH bahawa Allah sentiasa Melihat kita hambanya. Jadi tiada sebab mengapa konsep ehsan tidak dapat menjadi pencorak kepada mahasiswa rabbani.

Seorang mahasiswa di gelar mahasiswa rabbani apabila sentiasa akran dan mesra dengan tuhannya iaitu Allah SWT. Jadi mahasiswa sekalian termasuklah diri ana mesrakan dirimu dengan Rabbmu.

Perkara yang pasti menjadi tuntutan untuk menjadikan mahasiswa rabbani ialah tidak lain dan tidak bukan ialah sentiasa mengingati Allah iaitu dengan berzikir. Perlu diingat zikir memberi banyak makna bukan sahaja zikir di mulut tetapi perbuatan juga dapat menjadi suatu zkir. Antara contoh bentuk zikir yg popular pastilah ibadah (solat fardhu dan sunat, puasa, keluarkan zakat, haji) perbuatan yang baik, ingatan pada Allah, muhasabah diri dan sebagainya.

Sebagai tanda cinta mahasiswa rabbani kepada rabbnya mulut tidak lekang dengan mengucap namaNya utk setiap perbuatan yg dilakukan. Kerana Allah adalah kekasih kita yg sejati. Jika kita lihat scenario muda remaja zaman ini apabila hati mula terpaut pada seseorang mulut tidak jemu menyebut nama si jejaka atau si dara. Tapi Awa situ bukan cinta sebenarnya tapi lebih kepada terpesona atau angau yg tidak bertempat. Jadi apakata daripada angau yg tidak bertempat kita ALIHKAN CINTA DAN SAYANG ITU KEPADA ALLAH SEMATA. Tukarkan nama si dia dengan nama Rabb kita yang tercinta yang lebih, ringkas dan mudah untuk menyebutnya selain dapat menambahkan rasa kehambaan serta dapat pahala serta dapat kasih saying dan keredhaan yg tiada kekecewaan. Selain itu nama Allah ada banyak ada 99 jadi boleh pilih yg mana berkenan di hati. Dapat sebut semua lagi bagus kan kan kan.

Sebagai seorang hamba kita sedar betapa kerdilnya kita dihadapan Allah yg telah menciptakan kita. Tanpa kita sedari kasih sayang Allah memang tiada sempadan dan tiada limit. Walaupun kita telah melakukan dosa dan kesalahan yg bertimbun- timbun seperti gununug-ganang namun Allah masih mahu menerima taubat kita hambanya jika kita bertaubat dan memohon ampun kepada-Nya. Tambahan pula Allah tidak putus-putus memberikan rahmat dan nikmat kepada kita. Terlalu banyak nikmatNya sehingga kita terlupa kepadaNya. Nikmat udara, kesihatan, kedamaian, kesempurnaan akal fikiran serta banyak lagi yg tak terjangkau oleh akal fikiran kita dan nikmat yg terbesar ialah nikmat IMAN DAN ISLAM.

Perkara yang kita sudah sedia maklum tetapi sengaja tidak menghiraukannya ialah kata-kata para alim ulama’ , rasul kita dan Allah sendiri melalui kalamnya yg mulia al-Quran al-karim iaitu:-

Tuhan akan turun pada setiap malam ke langit yang terendah untuk melihat hamba-hambanya yg bangun pada waktu malam disaat orang lain lena tidur, beribadah, bermunajat, berdoa kepadaNya serta mengalirkan air mata mereka kerana takut dan kerana mengharapkan kasih syg, keredhaan dan cinta tuhannya.

Insha'Allah akan bersambung...

No comments:

Post a Comment