Salam ukhwah dan salam mujahadah...
sudah lama jari jemari ini tidak menari dan mencoret sesuatu di blog ini...
akhir-akhir ini ana di hambat oleh waktu yg dahulunya dirasakan terlalu banyak namun kini masa yg ana sia-siakan dahulu dirindui pabila kita dalam kesempitan waktu... begitulah manusia oleh itu gunakanlah waktu lapang dengan sebaiknya sebelum datang waktu sempit...
Pertama-tamanya syukur kpd Ilahi kerna masih menganugerahkan denut nadi dan nafas yg masih dirasai hingga kini... namun nikmat yg paling besar ialah nikmat iman dan Islam yg tiada taranya... jd ucapkanlah Alhamdulillah...
Alhamdulillah akhirnya pengajian ana dlm diploma sudah sampai ke penghujungnya, pejam celik2 akhirnya ana sudah bergelar graduan, namun jgn dilihat pada dri ana yg lemah dan kerdil ini tika saat ini ana terfikir ini barulah skeping diploma di dunia namun bagaimana pula tika ana bertemu dgn Hakim Yang paling Berkuasa dan menerima Ijazah amalan didunia untuk di bawa ke syurga atau ke neraka... sama-samalah kita muhasabah dri...
Sekeping diploma ini ana tujukan khas buat ayah dan ibu yang sudah banyak berkorban... dahulu tak pernah terdetik di hati bahawa ana akan belajar bidang agama... syariah... namun mimpi sudah mnjadi realiti berkat doa ibu ayah... wlau dilonggokkan segunug mutiara tetap tidak akan dapat membalas jasa mereka pada dri ana...
Syukran jazilan ibu dan ayah juga wan kerana telah bekorban masa, tenaga dan memberi kekuatan pada dri saat dri hampir terjatuh... itulah ucapan seorg anak yg harus diucapkan pd ayah dan ibunya kerna tanpa mereka siapalah kita... kejayaan kita sebenarnya adalah kejayaan mereka yg tlah berjaya mendidik kita... kata-kata hukama' = apa yg aku miliki ia adalah kepunyaan ayah ku...
Sekalung tahniah ana ucapkan buat semua ibu dan ayah yang berjaya mendidik anak2 mereka hingga di anugerahkan segulung ijazah tidak kira di peringkat diploma, degree, sarjana, master, phd atau lain2...
Namun ucapkanlah Alhamdulillah kerna tanpa izin-Nya mana mungkin ilmu itu dapat kita teguk dan amalkan... ilmu tanpa amalan tidak memberi sebarang makna... gunakanlah ilmu itu sebaiknya kerna ilmu yg baik akan memimpin kita ke jalan kebaikan...
Puisi Imam Syafie- ilmu adlh cahaya dan ia tak akan msuk ke dalam hati yg lakukan maksiat... jadilah spt resmi padi semakin tunduk semakin berisi, semakin kita pelajari ilmu semakin kita rasa dri ini hina, jahil dan masih banyak yang tidak kita tahu dan semakin dekat kita dengan pemilik ilmu itu sendiri iaitu Allah SWT.
kini Alhamdulillah ana telah menyambung plajaran lagi di UKM dlm bidang syariah berkat doa dr ibu ayah dan wan... Doakan ana di sini agar mendapat ilmu yg diredhai-Nya... all the best buat semua sahabat dan sahabiah yg sedang menuntut ilmu tidak kira secara formal @ tidak formal, hakikatnya stiap hari dlm kehidupan kita adlah plajaran... Ilalliqa' dan ma'assalamah semua...
Tahniah angah..
ReplyDeleteSelamat meneruskan perjalanan perjuangan ijazah & risalah..:)