Assalamualaikum, salam perjuangan dan salam mujahadah
Ahlan wasahlan Ya Ramadhan,
kini bln yg ditunggu-tunggu tiba lagi terasa amat pantas masa berlari meninggalkan ana, pada bln inilah banyak hamba Ilahi berlumba-lumba utk mendptkan redha dan cinta Ilahi, tidak kurang juga yg ingin mndptkan pahala...
bagaimana keadaan jiwa kita, yg sblm bln ramadhan dilekati oleh keladak2 dosa yg tak sudah hingga tertutup dan hitam hati kita kernanya, kini bln suci ini dtg lagi utk membersih hati kita...
namun umpama aktiviti pembersihan jika kita tidak menggunakan air dan sabun maka pasti perkara yg ingin dibersihkan tidak mnjd bersih spt yg kita mahukan...
samalah juga dgn pembersihan hati jika kita tak berusha utk membersihkan hati kita maka sampai bila2 pun hati kan ttap ktor dan hitam...
USAHA itulah kata kuncinya namun Allah pasti tak akan mempersia-siakan usha org yg berusha. ikhlaskan hati dan truslah berusha di bln yg terkandung berjuta-juta rahmat ini utk merasai musim bunga Iman yang sering dinantikan oleh Rasulullah, para shbat bginda dan org2 soleh dr dlu hingga kini dan sterusnya...
musim bunga ini terlalu indah untuk dipersia-siakan, utk memetik bunga iman perlulah kita menanam pohon bunga Iman sblm bln ramadhan dan membajainya trus dgn takwa, namun blum terlambat utk menanam iman bermula dr bln ini tika timbul keinsafan dihati, dan bajainya dengan baja takwa dan taubat setiap hri...
pasti tidak kan mati pohon iman itu dan akan berbunga lebat dan cepat tanpa kita sangka kerna musim bunga iman ini terlalu istimewa tak seperti musim lain, bln ramadhan ini bln istimewa yg pabila dilakukan satu amalan maka akan diganda, berganda-ganda tanpa kita sagka dan jangka...
Firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 183
Maksudnya:-"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa"
Dalil ini jelas menerangkan bahawa hikmah disebalik berpuasa dan bln ramadhan ialah melahirkan hamba yg bertakwa kpd Allah SWT.
No comments:
Post a Comment