Thursday, December 9, 2010

Redha-mudah diungkap namun sukar dimengerti


Saya redha/Ana redha...Sememangnya perkataan redha itu amat mudah disebut dan sentiasa meniti dibibir manusia tatkala musibah menimpa atau ujian menerpa...


namun sebagai seorang manusia kita tidak terlepas daripada perasaan sedih dan dukacita. itulah manusia gembira pabila Allah suapkan kita dengan nikmat-Nya namun sedih pabila dihidangkan dengan ujian dari-Nya.


Terkadang ana juga amat mudah mengatakan redha namun dalam hati masih merasakan kepedihannya. namun apalah erti redha jika hati masih merasakan keperitan kisah duka tersebut.


makna redha itu amat mendalam dan perlu difahami oleh hamba Allah dengan betul dan mendalam. Redha ialah perasaan hati yang menerima segala ketentuan Ilahi dengan tenang, sabar dan pasrah dan tidak ada perasaan ketidakpuasan di dalam hati.


Ana juga manusia turut merasai kesedihan. namun tatkala perkataan redha menjengah di lubuk hati tiada lagi kata yang membibitkan tangisan kekesalan pada takdir Ilahi. Ana redha... ujian yang ana tempuh hanyalah cuma sebesar zahrah atau lebih kecil dari itu jika dibandingkan dengan ujian yang dialami oleh Rasulullah SAW dan para sahabat. Namun imanlah yang menjadi paksi yang memperkuatkan keredhaan itu...


Sedang sahabat2 yang lain tersenyum riang kerna keputusan imtihan mereka meningkat namun ana masih tersenyum kerna Allah masih sayangkan ana. ketika keputusan diterima tiada perasaan sedih, suka, riang mahupun tangisan yang dirasai namun hanyalah satu perkataan yang dapat mentafsir segalanya R E D H A...


Tapi Alhamdulillah keputusan imtihan ana masih baik tapi bagi ana itu adalah jauh lebih baik dari apa yang ana sangka walau x se gah mana atau seelok mana. Terimalah seadanya...


Sebenarnya perasaan redhalah ujian bagi ana sebenarnya. perasaan redha ini dikaitkan dengan keikhlasan juga. ikhlas dalam menerima takdir Ilahi. segalanya telah tertulis di dalam kalam Ilahi di Luh Mahfuz tiada yang mengetahuinya selain Dia...


Pabila di hati sudah tersemat perasaan redha walau sejuta badai dan ujian datang menerkam segalanya dapat diatasi dengan tenang dan sabar dengan berpandukan syariat Ilahi.


Wahai diriku janganlah kau jadi seperti orang fasikh yang berterima kasih pada Tuhan dan rasa diri disayangi oleh Ilahi pabila nikmat diberi namun rasa diri terhina pabila kesusahan dan ujian hidup dihadirkan-Nya.

Segala apa yang diberikan kepada kita semuanya adalah suatu nikmat. kesusahan dan ujian sebenarnya adalah nikmat yang lebih baik dan memberi makna yang lebih besar daripada kesenangan jika kita mengetahuinya. Allah sembunyikan dahulu matahari dan diberikannya awan mendung beserta hujan namun selepas itu dihadiahi pula kita dengan pelangi yang indah.

pesanan ini buat diriku dan semua sahabat, musibah itu terkandung hikmah rahsia Ilahi dan redhalah sebagai ubat yang menyembuhkannya.

Wahai Tuhan kami jadikanlah kami dikalangan orang yang sentiasa redha terhadap takdir yang telah ditentukan oleh-Mu. tenagkanlah hati kami tatkala musibah melanda. kerna itu adalah tarbiyah daripada Allah yang Esa.

Musibah tanda Allah sayangkan hambanya namun diriku hanyalah hamba biasa yang masih merangkak-rangkak mencari makna Cinta Ilahi. nasihat ini bukan bermakna ana adalah seorang yang sudah emahami erti keredhaan sepenuhnya namun ana adalah hamba yang faqir yang masih belajar erti keredhaan dan coretan ini sebagai muhasabah buat ana juga...

Bukan mudah untuk menggapai Cinta Ilahi tanpa keredhaan yang menjadi pengubat di hati...







No comments:

Post a Comment