Monday, September 27, 2010

Ada Apa DeNgaN CinTa




C I N T A
Apakah yang dimaksudkan dengan cinta sebenarnya...
pelbagai tafsiran dan pengertian yang berbait indah diberikan
namun perkataan ini sukar dimengerti...
cinta itu sebenarnya sesuatu yang indah jika tepat pada tempatnya

namun apa yang kita lihat realiti masakini cinta telah membutakan mata hati
tidak mengenal mana keindahan dan mana kesusahan, mana sampah dan mana hadiah,
yamg mana permata yang mana kaca,

jarang benar ana berbicara mengenai cinta kerna bagi ana
CINTA YANG SEJATI IALAH CINTA KEPADA PEMILIK CINTA
barulah cinta kita diterima dan dapat mengubah diri kita
ke arah yang lebih baik dalam menelusuri jalan berduri menuju syurga yang kekal abadi,

CINTAILAH ILAHI
kerna kerana Dialah kita berada didunia ini,
kerna Dialah kita dapat nikmati hidup yang indah
semuanya kerana keagungan Cinta-Nya kepada kita
yang mengangkat kita ke darjat yang lebih baik
walhal kita dahulu hanyalah setitis air mani yang hina
ibarat jika air mani itu jatuh ke tanah
ayam x catuk itik tak sudu...

begitulah betapa hinanya kita
namun pabila diberikan cinta yang sedikit dari-Nya
kita lupa hendak bersyukur, berterima kasih
dan membalas cinta tersebut semula
pelupanya kita

namun pencinta kita yang setia Allah yang Esa
Tak pernah lupa untuk memberikan cinta-Nya
kepada kita
tiap masa Dia beri kita bernafas dengan baik, makan dan minum dengan mudah
dan apa yang kita mahukan Dia berikan

Jadi Mengapa kita mencari cinta selain Cinta-Nya
Kenapa kita masih mahu mencari Cinta yang terlarang
Itulah manusia mudah terleka oleh nikmat dunia
yang sementara dan kan binasa jua akhirnya

Ketahuilah manusia
Cinta ILAHI amat meluas dan tiada sempadan
Dia memberikan Cinta-Nya kepada semua manusia
tak kira samaada
dia miskin atau kaya, hina atau mulia
besar atau kecil, Islam atau kafir
buta atau celik, cacat atau sempurna

Semuanya mendapat Cinta dan kasih sayang-Nya
Alangkah baiknya Dia
Mengapa manusia masih mahu mencari cinta manusia
yang akan musnah bila2 masa
Carilah cinta-Nya pasti cinta manusia yang mencintai-Nya kau kan temui

Indah nya cinta jika ia untuk Allah yang Maha Pencinta dan Penyayang (Allah Al-Wadud)

No comments:

Post a Comment