Saturday, July 17, 2010

Majlis Titian Siswa-Mak Tidak Sedih





Salam mujahadah

Sudah lama rasanya jari jemari ini tidak berlari di titian key pad. namun Alhamdulillah terlalu banyak tarbiyah yang ana pelajari sepanjang minggu lepas.

Antaranya ialah majlis Titian Siswa. Majlis ini bukanlah untuk ana atau untuk mahasiswa tetapi untuk pelajar tingkt5.

Majlis ini sebenarnya ialah majlis adik ana dan rakan2 seperjuangannya.
Nmaun ana tumpang bangga atas kejayaan adikku bukan kerna kejayaan yang didapatinya sebenarnya tetapi kerna cabaran, dugaan dan kesusahan yg di hadapinya.

Namun segalanya telah ditetapkan oleh Ilahi dan Dia lebih baik dan sempurna rancanganya brbanding dengan manusia yg lemah dan dhaif ini.

Cabaran yg ditempuhi oleh adikkku termasuk lah di "rengging" oleh senior nya sendiri. Namun bukanlah ana menulis di sini kerna ingin mengutuk, memarahi org yg telah merengging adik ana atau untuk memuji adik ana tetapi ingin berterima kasih kepada Allah kerna ujian daripadaNya telah melahirkan seorg anak yang sangat taat kepada ibu bapanya dan keluarga, seorang anak muda yang amat penyabar dan berakhlak mulia.

masih terimbau di ingatanku bagaimana adikku bercerita kepadaku tentang pengalamannya di "rengging". basuh baju dlln tidak perlu ana sebutkan kerna itu telah menjadi perkara rutin dalam acara buli membuli ini. namun yang ana tidak dapat lupakan ialah sewaktu adik ana di tampar oleh seniornya hanya kerana kesalahan yang kecil sahaja.
namun yang ana terharu kerna adik ana langsung tidak pernah mengadu hanya apabila ditanya barulah diberitahu. katanya semasa ditampar dia berada di luar kelas kerna di panggil oleh senior kemudian tanpa diketahui sebabnya senior tersebut terus menamparnya sehingga darah keluar dari mulutnya. namun tidak di balasnya, dia hanya mendiamkan diri dan masuk ke kelas. apabila ditegur oleh rakan yg melihat darah keluar dari mulutnya dia hanyalah mengesatnya dan menghilangkan darah tersebut tanpa ada reaksi sedih, marah geram dan sebagainya. begitulah peribadi adik ana yg amat ana sayangi. namun sewaktu dia bercerita tiada reaksi sedih atau marah pun yang ditunjukkan bahkan reaksi ceria yang ditunjukkan...

Nmaun semuanya berlaku kerna izin Ilahi. dan ada hikmah nya yang membuatkan ayah ana dan ibu ana tersenyum bangga dgan adik ana. sewaktu majlis ini berlangsung adik ana langsung tidak menyangka bahwa ayah ana akan datang ke sekolahnya. hal ini kerna ayah ana dan ibu ana tidak dapat selalu menghadirkan diri sewaktu majlis2 yg diadakan sekolah adik ana untuknya kerna masalah jarak dan masa yang telah difahami oleh adik ana.

adik ana pernah memberitahu ana bahwa senior yang me"rengging" nya dahulu di timpa musibah ( tidak berjaya dlam plajarannya dan koma di hospital kerna xcident). namun bagi sesetengah orang pasti mengatakan itu adalahsuatu hukuman dari Ilahi namun bagi ana mungkin itu suatu tarbiyah dari Ilahi. namun ana tidak pasti keaadaanya skrg. semoga dia selamat kerna ana berterima kasih kepadanya kerna telah menjadi wahana atau org yang membuatkan adik ana menjadi seorg yg sangat penyabar sekarang... Alhamdulillah doa ana utk adik ana ialah semoga dia dapat menjadi seorg syabab yang dapat mempertahankan agama dan membelanya dan dapat menjadi seorang anak yg berbakti kepada ibu dan ayanh ana dan juga kepada bangsa.

kini adik ana bercita-cita menjadi seorg engineer namun pada masa yang sama dia pandai memasak. bukan mudah nak cari anak muslimin yg pandai masak dan yg nak tlong emak di rumah utk bt kerja dapur...

semoga drimu dik akan membuatkan ayah dan ibu serta adik2, kakak dan abangmu tersenyum melihat kejayaan mu menempuhi ranjau berduri kerna hidup ini adalah suatu ujian dan akakmu ini tahu kau mampu menghadapi sgala onak dan ranjau berduri demi menggapai redha ILAHI...


1 comment:

  1. angah...
    atih ke angah?
    ya Allah..
    akak tahu dia ada kena ragging
    tapi tak pula tau smpai berdarah..
    ya Allah..
    hebatnya ujian utk Atih..
    sama2 kita bertarbiyyah dalam keluarga kita..
    tentang ide..
    akak pun xtau yang dia ditimpa musibah kena masuk pencuri..bila angah bagi tau,baru tau..

    ReplyDelete