Saturday, June 26, 2010

Coretan Hati Seorang Hamba

Tika dalam keriuhan ini ku teringat detik-detik
diriku bersama Rabb ku yg satu dan tiada yg lain
Tika ini hatiku meronta-ronta
utk bersamaMu sepanjang masa
Namun kusedar sememangnya diriku
diciptakan utk menyembahMu
Namun dikala itu Kau juga menyuruh hambaMu ini
agar menjadi khalifah

Semua perlakuan yg kulakukan kernaMu
kutahu kau mengira itu adalah ibadah ku
betapa pemurahnya Kau Ar-Rahman

Keindahan bersama-Mu Ya Allah
menjadi suatu kerinduan buat hambaMu
Tikaku menghadapMu semasa pertemuan kita dalam solat
Hatiku mula luluh
ku takut padaMu Ya Rabbi
kerna diriku insan yg hina yang sentiasa ingin bersama-Mu

Tatkala itu airmataku berguguran
kerna mengenagkan kefakiran dan kehinaan ku
Insan kerdil ini meratap sayu lagi
dan kuharap airmataku akan mengalir lagi tika aku bersama-Mu
smoga ia menjadi penawar luka hatiku dek kerana dosa-dosaku

Dosaku kian menggunung ya Rabbi
Tiap detik dan ketika ku ulangi lagi
luka yg lama ku parahkan lagi
ku tahu taubatku dan kesyukuranku tiada nilaian
disisi-Mu jika dibandingkan dengan nikmatMu yg terlalu melimpah

Ya Muhaimin
Kian hari ku tagih lagi CintaMu
kerna kutahu diri ini tidakkan kecewa
kerna kutahu cintaku pasti kau balas ya Allah
Dan kaulah kekasih ku yg satu
awal dan yg terakhir

1 comment:

  1. Subhanallah angah..
    teruskan menulis..
    tulisan angah membina jiwa..
    :)

    ReplyDelete